Kemaskini Permohonan Bantuan Sara Hidup

Kemaskini Permohonan Bantuan Sara Hidup

Kemaskini Permohonan Bantuan Sara Hidup Secara Online. Bantuan Sara Hidup (BSR) yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) masih lagi dilaksanakan oleh kerajaan. Sila kemaskini dan buat permohonan baru.

Menerusi Pembentangan Bajet 2019 yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng, kerajaan Pakatan Harapan (PH) bakal meneruskan dan menambahbaik BSH dengan menyasarkan golongan berpendapatan rendah (B40). Bantuan yang diberikan adalah secara tersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah bermula pada bujan Januari 2019.


Kemaskini Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH)

Berikut merupakan tarikh rasmi seperti yang telah diumumkan melalui laman sesawang rasmi Bantuan Sara Hidup (BSH).


Tarikh kemaskini dan Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup (BSH)
Tarikh Permohonan Dibuka
: 1 Februari 2019
Tarikh Permohonan Ditutup
: 15 Mac 2019

Bagi mereka yang belum lagi membuat kemaskini dan membuat permohonan baru, anda boleh berbuat demikian dengan melayari pautan ( Bantuan Sara Hidup 2019 ). Anda juga boleh membuat permohonan dengan melayari Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup - Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kelayakan Bantuan Sara Hidup 2019.

Berikut adalah syarat bagi mereka yang layak untuk menerima BSH bagi tahun 2019.

1. Isi rumah berpendapatan RM2000 dan kebawah: RM 1000 + RM120 (setiap anak)
2.Isi rumah berpendapatan RM RM2001 hingga RM 3000: RM 750 + RM120 (setiap  anak)
3. Isi rumah berpendapatan RM RM3001 hingga RM 4000: RM500 + RM120 (setiap  anak)

* Nota Tambahan: Kadar tambahan RM120 bagi setiap anak adalah hanya untuk anak yang berumur 18 tahun kebawah sahaja dan terhad cuma untuk empat (4) orang anak kecuali bagi anak OKU, umur mereka tidak dihadkan.

Kepada yang layak untuk mendapatkan Bantuan Sara Hidup, anda dinasihatkan untuk kemaskini permohonan bantuan sara hidup (BSH) sebelum tarikh tutup permohonan.

-->

0 comment... add one now