Waktu Tidur Bayi Berumur 0 – 12 Bulan



Waktu Tidur Bayi Berumur 0 – 12 Bulan

Waktu Tidur Bayi Berumur 0 – 12 Bulan

Tahukah anda bahawa waktu tidur bayi sangat mempengaruhi proses tumbesaran bayi? Bayi yang baru lahir kebiasannya akan tidur selama 16 jam ke 20 jam sehari.

Waktu Tidur Bayi Berumur 0 – 12 Bulan
Pernahkah anda mendengar bahawa jantina bayi atau cara menyusukan bayi mempengaruhi waktu tidur bayi? Tangapan mengenai jantina dan cara menyusukan bayi akan mempengaruhi waktu tidur bayi hanyalah mitos semata-mata.

Tetapi harus ingat. Walaupun bayi harus tidur secukupnya,  jangan sesekali lupa untuk menyusukan bayi kerana sesetengah bayi tidak bertenaga untuk bangun untuk meminta susu.

Waktu Tidur Bayi

Bayi juga jangan dibiarkan lapar lebih daripada 3 jam pada waktu siang dan 5 jam pada waktu malam.

Bagi ibu yang mengunakan susu formula pula, bayi perlu diberi susu setiap 4 jam pada waktu siang dan 6 jam pada waktu malam.

Waktu Tidur Bayi Berumur 0 – 12 Bulan

Bagi para ibu yang belum mengetahui kitaran waktu tidur bayi yang berumur 0 – 12 bulan, berikut kami kongsikan kitaran waktu tidur bayi.
Berumur 0 – 2 bulan

Bayi pada umur ini kebiasannya akan tidur selama 16 jam sehari. Bayi pada umur ini akan menghabiskan masanya untuk tidur daripada melakukan sebarang aktiviti.
Tidur siang: 7.5 jam
Tidur malam: 8.5 jam



Berumur 3 bulan

Bayi pada umur 3 bulan masih memerlukan waktu tidur yang banyak iaitu sebanyak 15 jam.
Tidur siang: 5 jam
Tidur malam: 10 jam



Berumur 4 – 5 bulan

Bayi pada umur ini masih memerlukan waktu tidur yang sama dengan bayi berumur 3 bulan.
Tidur siang: 4 jam
Tidur malam: 11 jam



Berumur 6 bulan

Bayi pada umur ini memerlukan tidur sebanyak 14.5 jam. Bayi pada umur ini sudah mampu untuk melihat persekitaran mereka dan sudah mula untuk melakukan aktiviti. Bayi pada usia ini suda mula menunjukkan petanda awal untuk masalah tidur.
Tidur siang: 4.5 jam
Tidur malam: 10 jam



Berumur 7 – 8 bulan

Waktu tidur bayi pada umur ini ialah sekitar 14 jam.
Tidur siang: 4 jam
Tidur malam: 10 jam



Berumur 9 bulan

Bayi pada umur ini sudah boleh melakukan aktiviti seperti merangkak dan mula bergerak aktif. Para ibu haru tahu keadan bayi bila bayi sudah mula penat.
Tidur siang: 3 jam
Tidur malam: 11 jam



Berumur 10 – 11 bulan

Bayi yang berumur sekitar ini sudah sangat aktif untuk bergerak. Pada waktu pagi, bayi akan menghadapi kesukaran untuk tidur kerana hanya akan berminat untuk bermain dan melakukan aktiviti.
Tidur pagi: 2.5 jam
Tidur malam: sekitar 11 jam



Berumur 12 bulan

Bayi pada aktu ini sudah sangat aktif dan merangkak. Malahan ada bayi pada umur ini sdah mampu berjalan.
Tidur siang: 2 jam
Tidur malam: 11 jam


Para ibu bapa juga perlu menjaga waktu tidur dan bangun bayi mereka. Mereka mesti membuat rutin tidur bayi mereka untuk mengelakkan masalah tidur bayi dapat dielakkan.

-->

1 comment... add one now

olaoli olaoli 9 July 2018 at 13:14
anak-anak saya bila masuk umur 3- 10 bulan adalah masa paling getir untuk keselesaan tidur kami. Siang tidur malam berjaga. esok pagi pegi kerja mata bengkak hehe