Cara Mengurangkan
Demam Kuning Bayi
Apa itu demam kuning? Demam kuning yang kelihatan adalah
kuning pada mata, muka, leher bermula dari kepala dan turun hingga ke kaki.
Apakah punca dan penyebab demam kuning pada bayi? Menurut Sing Health, demam kuning berpunca
daripada:
- Kerosakan pada sel darah disebabkan lebam (bruising) ketika proses kelahiran atau terdapat darah beku di kepala bayi.
- Antibodi ibu menyerang sel darah merah bayi.
- Kekurangan enzim G6PD.
- Terdapat jangkitan pada sistem air kencing ataupun darah.
- Demam kuning bayi yang berpanjangan lebih daripada dua minggu pada bayi mungkin disebabkan terdapat jangkitan pada bayi, masalah hempedu atau masalah sistem metabolsime pada bayi.
Cara Mengetahui Bayi
Anda Mengidap Penyakit Demam Kuning?
Demam kuning yang tinggi boleh dikenal pasti dengan cara
yang paling mudah dengan menekan kulit muka bayi anda secara perlahan kemudian
lepaskan. Jika warna kulit bayi berwarna kuning, ini merupakan salah satu tanda
bayi anda mengidap penyakit kuning.
Selain itu, petanda lain ialah bayi yang kurang selera makan.
Adakah Demam Kuning Dapat dielakkan?
Dalam kebanyakan kes, demam kuning tidak dapat dielakkan.
Memberi susu ibu adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko demam kuning.
Meletakkan bayi di bawah sinaran matahari tidak memberi kebaikan malah
membahayakan bayi. Kaedah ini belum dipastikan lagi kebenarannya.
Cara Mengurangkan
Demam Kuning Bayi
Bagi para ibu-ibu yang mempunyai bayi yang menghidapi demam
kuning, berikut kami berikn beberapa tips untuk mengurangkan demam bayi.
Susukan bayi dengan
kerap
Susukan bayi anda sehingga 8 – 12 kali sehari. Dengan
menyusukan bayi anda dengan lebih kerap, bilirubin dalam badan bayi dapat
disingkirkan melalui pencernaan. Ini kerana, kandungan bilirubin yang tinggi
dalam badan bayi akan diserap kembali dalam badan bayi apabila tidak
disingkirkan.
Bayi yang menghidap demam kuning selalunya sukar untuk
disusukan. Oleh sebab itu, peranan ibu sangat penting untuk memantu dan
meransangkan bayi supaya lebih kerap menyusu.
Rawatan fototerapi
pada bayi
Rawatan fototerapi hanya akan dilakukan oleh doktor apabila
kandungan bilirubin dalam badan bayi mencapai tahap yang tinggi. Rawatan ini
turut bergantung kepada umur bayi.
Mengikut garis panduan KKM, fototerapi akan dimulakan
apabila paras bilirubin melebih 200 umol/L bayi bayi berumur sehari dan 250
umol/L bagi bayi berumur 2 hari atau lebih (Rujukan: Good Clinical Practice
Guidelines Management of Jaundices in Healthy Newborn, 2003)
Bagi rawatan fototerapi ini, bayi akan diletakkan di bawah
lampu yang mempunyai jarak gelombang tertentu. Mata bayi akan ditutup bagi
melindunginya daripada cahaya terang.
Semasa proses rawatan fototerapi, badan
bayi akan diterbalikkan beberapa kali bagi memastikan seluruh badannya akan
terkena cahaya.
Rawatan fototerapi akan dianggap selesai apabila kandungan
bilirubin dalam badan bayi berkurang.
Kesan Jika Kandungan
Bilirubin Dalam Badan Bayi Tinggi
Tahap bilirubin yang tinggi dalam sel darah merah merupakan
toksik kepada sel otak.
Dalam sesetengah kes, demam kuning mampu menyebabkan
pada sistem otak atau hati sehingga menyebabkan pemindahan hati.
Oleh yang demekian, jika keadan bayi bertambah teruk,
segeralah ke hospital yang berdekatan untuk membuat pemeriksaan. Jangan tunggu
demam kuning bayi anda menjadi tinggi.