Permohonan Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Online
Berita baik kepada semua pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda
(bukan lepasan pendidikan)tetapi berminat untuk menjadi warga pendidik, anda
kini boleh membuat permohonan untuk menyertai program DPLI bagi ambilan bagi
bulan September 2018 anjuran Universiti Malaya (UM).
Tarikh akhir bagi membuat permohonan ialah pada 31 Julai
2018.
Sebagai info tambahan dan bagi mengelakkan kekeliruan,
Program DPLI ini merupakan program di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
dan BUKAN di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).
Program Diploma Lepasan Ijazah bakal ditawarkan untuk
menjadi guru di sekolah sekolah seluruh Malaysia termasuklah Sekolah Berasrama
Penuh (SBP).
Perbezaan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah dan
Program Ijaah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ialah PISMP merupakan program khas
bagi pelajar lepasan SPM untuk menjadi guru manakala DPLI pula ialah program
bagi pelajar yang telah mempunyai Ijazah namun bukan dalam bidang pendidikan.
Permohonan Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Online (Universiti Malaya)
Untuk membuat permohonan secara Online, sila layari pautan
di bawah.
Program DPLI ambilan
bagi bulan September 2018
Tarikh Tutup
Permohonan
|
:
|
Julai 2018
|
Permohonan
Online
|
:
|
Syarat-Syarat Kelayakan
Sila semak syarat kelayakan untuk menyertai Program DPLI
ambilan September 2018 anjuran Universiti Malaya.
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak melebihi 35 tahun
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
- Ijazah yang dimiliki mestilah diiktiraf oleh kerajaan. (Sila semak kelayakan Ijazah anda di sini)
- Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).
- Bagi memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.
- Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
- Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia.
- Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon
Sila semak sini untuk Cara Memohon Diploma Lepasan Ijazah (DPLI).