Permohonan Biasiswa MyBrainSC KPT 2018



Permohonan Biasiswa MyBrainSC KPT 2018

Permohonan Biasiswa MyBrainSC KPT 2018. Kepada semua pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi namun belum mempunyai biasiswa atau tajaan daripada mana-mana pihak, anda kini boleh membuat permohonan pengajian MyBrainSC daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Sebagai makluman awal, permohonan bagi tajaan pengajian MyBrainSC KPT bagi tahun 2018 telah dibuka pada 2 Mac 2018 dan akan berakhir pada 31 Mac 2018.

Program pengajian tajaan MyBrainSC ini merupakan salah satu program inisiatif kerajaan bagi mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) bagi melahirkan para saintis muda yang berani menyaht cabaran untuk menghasilkan cendikiawan yang bertaraf dunia dan mampu  mendapatkan pengiktirafan Nobel Laureate.

Bidang Pengajian Yang Boleh Memohon MyBrainSC KPT.
Berikut merupakan Bidang pengajian yang boleh memohon MyBrainSC.

  • Matematik
  • Kimia
  • Biologi
  • Fizik

Permohonan Biasiswa MyBrainSC KPT 2018

Permohonan Biasiswa MyBrainSC KPT 2018
Kepada pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Pertama, Sarjana dan Doktor Falsafah dan belum mempunya sebarang tajaan pengajian, anda kini bleh membuat permohonan secara Online. Sila rujuk maklumat di bawah:

Tarikh permohonan dibuka
:
2 Mac 2018
Tarikh permohonan ditutup
:
31 Mac 2018
Permohonan Online
:

Syarat Permohonan Mengikut Peringkat Pengajian.
Sila semak syarat permohonan mengikut kategori.
Ijazah Pertama:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 21 tahun
  • PNGK 3.6 ke atas semasa Asasi Sains/ STPM/ Matrikulasi/ Diploma.
  • Skala 1800/2400 untuk semua ujian dalam SAT
  • 40/45 dalam IB dan 4A dalam A Level;
  • Pelajar berada di semester akhir di semua Institut Pengajian Tinggi (IPT); dan
  • Belum menerima sebarang tajaan/ biasiswa dari mana-mana penaja.


Sarjana:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 28 tahun
  • Mendapat keputusan cemerlang semasa peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Tulen (PNGK 3.65 ke atas ayau kelas pertama).
  • Tidak mempunyai sebarang ikata kontrak dengan mana-mana penaja semasa di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  • Bagi calon yang sedang berkerja, calon mestilah bersedia untuk melepaskan jawatan terkini sekiranya anda ditawarkan tajaan ini kerana mod pengajian adalah penyelidikan dan sepenuh masa, DAN:
  • Calon hendaklah SEDANG mengikuti pengajian dalam peringkat Sarjana di mana-mana university yang tersenarai dalam bidang sains tulen.

PHD:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun
  • Cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains (PNGK 3.65 ke atas atau kelas pertama)
  • Mendapat keputusan cemerlang semasa peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Tulen (PNGK 3.65 ke atas ayau kelas pertama).
  • Tidak mempunyai sebarang ikata kontrak dengan mana-mana penaja semasa di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  • Bagi calon yang sedang berkerja, calon mestilah bersedia untuk melepaskan jawatan terkini sekiranya anda ditawarkan tajaan ini kerana mod pengajian adalah penyelidikan dan sepenuh masa, DAN:
  • Calon hendaklah SEDANG mengikuti pengajian dalam peringkat PHD di mana-mana university yang tersenarai dalam bidang sains tulen.
  • Calon yang sedang dalam pengajian peringkat Sarjana adalah diberi keutamaan.
Sila klik sini untuk senarai universiti yang layan untuk dipohon.
Semoga perkongsian Permohonan Biasiswa MyBrainSC KPT 2018 ini bermanfaat kepada anda.

Klik sini untuk Pendaftaran MUET Online 2018
Klik sini untuk SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan (TERKINI)


-->

0 comment... add one now