Jadual Peperiksaan Muet 2018



Jadual Peperiksaan Muet 2018

Jadual Peperiksaan Muet 2018. Malaysia University English Test atau lebih dikenali sebagai MUET merupakan salah satu syarat kelayakan kepada semua bakal pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Semua pelajar adalah WAJIB mengambil peperiksaan MUET sekiranya anda ingin melanjutkan pelajaran ke program Ijazah Sarjana Muda di IPTA tanpa mengira kelayakan anda sebelum ini termasuklah peringkat Diploma.

Oleh yang demikian, semua pelajar dinasihatkan untuk mendaftarkan diri untuk mengambil peperiksaan MUET. Terdapat tiga (3) sesi peperiksaan akan dilakukan sepanjang tahun. Sila semak maklumat di bawah untuk maklumat lanjut.

Jadual Peperiksaan Muet 2018.
Perkara
Peperiksaan MUET
Sesi 1
Sesi 2
Sesi 3
Tarikh pendaftaran dibuka
1 Nov 2017
1 Mac 2018
1 Jun 2018
Tarikh pendaftaran ditutup
10 Jan 2018
9 Mei 2018
1 Ogos 2018
Tarikh ujian (Speaking)
27,28 Feb dan 1,5,6,7 Mac 2018
9,10,11,12,16 dan 17 Julai 2018
24,25,26,7 Sept dan 1,2 Oct 2018
Tarikh ujian (bertulis)
10 Mac 2018
21 Julai 2018
29 Sept 2018


Untuk membuat permohonan MUET secara online, sila layari pautan di bawah.

Proses Permohonan MUET

Jadual Peperiksaan Muet 2018

Berikut merupakan pautan panduan pendaftaran bagi calon persendirian dan bagi calon STPM calon persendirian. 

Maklumat Tambahan

  • Bayaran untuk peperiksaan MUET ialah sebanyak RM100 dengan cara membeli PIN MEC di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang bdedekatan dengan anda.
  • Bermula 26 Januari 2018, para calon dikehendaki untuk menyemak status pendaftaran MUET mereka sendiri di portal rasmi MPM. Pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) kini tidak lagi menghantar Slip Daftar Muet (MUET/D) kepada calon.

Semoga perkongsian Jadual Peperiksaan Muet 2018 ini bermanfaat kepada anda. Semoga semua calon mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Malaysia University English Test (MUET).

-->

1 comment... add one now

mrhanafi mrhanafi 1 March 2018 at 15:02
zaman saya sekolah dulu..

MUET belum ada lagi