Tarikh Permohonan EgTukar Guru 2018. Kepada semua warga pendidik, berita baik kepada anda kerana permohonan untuk bertukar tempat kerja kini dibuka. Sila rujuk maklumat mengenai tarikh permohonan dibuka.
Sebagai maklumat tambahan, modul EgTukar ini telah dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan diurusetia oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan sektor Operasi Pendidikan (SOP), Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM).
EgTukar ini dibangunkan bertujuan untuk menguruskan pertukaran guru di Malaysia melibatkan beberapa kategori penguna termasuk pentadbir sistem dan guru.
Tarikh Permohonan EgTukar Guru 2018
Sila semak tarikh sebelum membuat permohonan. Pemohon disarankan agar membuat permohonan pertukaran tempat kerja pada masa yang telah ditetapkan.
Tarikh Permohonan Dibuka
|
:
|
18 Februari 2018
|
Tarikh Permohonan Ditutup
|
:
|
25 Mac 2018
|
Permohonan Online
|
:
|
Permohonan EgTukar ini meliatkan Gred Pegawai Pendidikan Perkhidmatan Pendidikan DG29, DG32 (KUP Time Based), DG 34 (KUP Time Based), DG38(KUP Time Based), DG41, DG44(KUP Time Based), DG48(KUP Time Based), DG52(KUP Time Based) dan DG54 (KUP Time Based
Cara Mendaftar EgTukar Secara Online.
Kepada pemohon yang baru pertama kali mengunakan sistem ini, sila ikutlangkah-langkah di bawah untuk membuat permohonan.
Pendaftaran EgTukar: Klik sini untuk daftar masuk
- Sila layari pautan di atas untuk mendaftar masuk.
- Isi maklumat nama, no. kad pengenalan, no. gaji, ID penguna, kata laluan, pengesahan kata laluan, email, tarikh lahir, soalan keselamatan dan jawapan bagi soalan kata keselamatan. Sila pastikan anda telah mengisi ruangan maklumat dengan tepat.
- Sekiranya anda memasukkan maklumat yang tidak tepat, paparan " MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH" akan dipaparkan.
- Bagi penguna EgTukar yang terlupa kata laluan, anda boleh memilih pautan "LUPA KATA LALUAN".
- Setelah anda selesai mendaftar masuk, teka pada butang "HANTAR" dan kata laluan anda akan dihantar melalui email yang telah anda daftarkan.
- Bagi Pentadbir secara hakiki dan Guru Cemerlang, permohonan pertukaran dilakukan secara manual.
Berikut merupakan kriteria utama yang akan dinilai bagi melayakkan guru untuk berpindah:-
- Keperluan opsyen di negeri tempat permohonan dibuat
- Kepentingan perkhidmatan
- Kekosongan jawatan