Tarikh Pembayaran
BR1M 2018 Masuk Akaun. Berikut kami ingin kongsikan jadual pembayaran BR1M
bagi tahun 2018 mengikut kategori.
Tarikh Pembayaran
BR1M 2018 Masuk Akaun Untuk Semua Kategori
Sila semak kategori permohonan anda.
Kategori Individu:
|
Berpendapatan bawah RM2000
|
Jumlah bantuan BR1M: RM 450
Tarikh Pembayaran: Bulan Februari 2018
Kategori Isi Rumah:
|
Berpendapatan bawah RM3000 sebulan
|
Jumlah bantuan BR1M: RM 1200
Pembayaran akan dilakukan secara ansuran:
Bulan Februari 2018: RM
400
Bulan Jun 2018: RM
400
Bulan Ogos 2018: RM
400
Kategori Isi rumah:
|
Berpendapatan diantara RM3000 hingga RM4000 sebulan
|
Jumlah bantuan BR1M: RM 900
Pembayaran akan dilakukan secara ansuran:
Bulan Februari 2018: RM
300
Bulan Jun 2018: RM
300
Bulan Ogos 2018: RM
300
Cara Pembayaran BR1M
untuk tahun 2018
Pembayaran BR1M boleh dibuat melalui dua cara iaitu melalui
i) Melalui akaun Bank
Bayaran bantuan
akan dimasukan terus ke akaun penerima yang berjaya. Bagi penerima yang telah
mengemaskini maklumat bank semasa proses permohonan atau kemas kini, BR1M akan
dibayar terus ke akaun anda.
Berikut merupakan banky yang terlibat bagi pembayaran BR1M
2018:-
- United Overseas Bank (Malaysia) Berhad (UOB)
- Standard Chatered Bank Malaysia Berhad
- RHB Bank Berhad
- Public Bank
- OCBC Bank
- Maybank Berhad
- Hongkong Shanghai Bank Malaysia Berhad (HSBC)
- Hong Leong Bank
- Citibank Berhad
- Cimb Bank Berhad
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Muamalat Bak Berhad
- Bank Rakyat
- Al-Rajhi Bank
- Am Bank Berhad
- Alliance Bank Berhad
- Agro Bank
- Affin Bank
ii) Mengunakan Baucar BR1M
Bagi pemohon yang tidak mengemaskini maklumat bank ketika
proses permohonan, anda akan menerima baucar BR1M dan hanya boleh ditunaikan di
mana-mana cawangan bank CIMB, BSN dan Maybank
Semakan Status
Permohonan BR1M bagi tahun 2018
Terdapat beberapa kaedah untuk membuat semakan status
permohonan BR1M.
1.0 Semakan secara
Online
Untuk membuat semakan secara Online, sila layari pautan di
bawah
Semakan Permohonan
|
2.0 Semakan melalui
Pos
Pemohon yang sudah membuat permohonan dan mengemaskini
maklumat akan dimaklumkan melalui Pos yang dihantar terus ke alamat seperti
yang telah didaftarkan pemohon ketika proses permohonan dan kemaskini maklumat.
3.0 Semakan melalui
email
Anda boleh membua semakan status permohonan anda dengan
menghantar email ke br1m@treasury .gov.my. Sila sertakan juga nama penuh dan
nombor kad pengenalan dalam email tersebut.
4.0 Semakan melalui
telefon
Pemohon juga boleh menghubungi terus ke nombor hotline dan
nombor bebas tol di bawah untuk membuat semakan:-
Kementerian Kewangan Malaysia: 03-8882 4565/03-8882 4566
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN): 1-800-88-2716
5.0 Semakan melalui
aplikasi telefon pintar “Semakan BR1M”
Anda boleh memuat turun aplikasi “Semakan BR1M” di Playstore
Semoga perkongsian Tarikh
Pembayaran BR1M 2018 Masuk Akaun ini bermanfaat kepada anda.
Sila baca juga Cara Tuntut Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2018