Semak Daftar Pengundi Secara Online. Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi? Jika belum, daftarlah sebagai pengundi kerana itulah hak anda sebagai warganegara Malaysia. Bagi yang sudah mendaftar, sudahkah anda membuat semakan untuk daftar pemilih bagi mengesahkan lokasi tempat anda mengundi?
Bagi yang sudah mendaftar, anda bolehlah membuat semakan daftar pengundi. Semakan boleh dibuat melalui dua cara iaitu:
- Semakan Daftar Pengundi Secara Online
- Semakan Daftar Penguna Mengunakan SMS
Anda boleh membuat semakan daftar pemilih dan mengetahui keputusan pilihanraya melalui laman sesawang rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Semak Daftar Pengundi Secara Online
Bagi mereka yang ingin membuat semakan secara online, anda boleh membuat semakan untuk individu atau isi rumah. Perbezaan semakan individu dan semakan isi rumah ialah anda boleh menyemak lebih daripada seorang pemilih secara serentak.
Semakan Secara Online ( Individu )
Ikut langkah-langkah dibawah untuk membuat semakan:
Klik link di bawah:
Semakan Individu: Semakan DaftarPengundi Secara Online (Individu)
- Sila masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa “ – “ atau “ space”.
- Masukkan Aksara Captcha yang terdapat di paparan.
- Tekan butang semak.
Ikut langkah-langkah dibawah untuk membuat semakan:
Klik link di bawah
Semakan Isi Rumah: SemakanDaftar Pengundi Secara Online (Isi Rumah)
- Masukkan nombor kad pengenalan pemilih uang anda ingin semak tanpa “ – “ atau “ space”.
- Masukkan Aksara Captcha yang terdapat di paparan.
- Tekan butang semak.
Semakan Mengunakan SMS
Terdapat 2 cara untuk membuat semakan mengunakan SMS. Sila ikuti langah-langkah di bawah untuk membuat semakan
Cara Pertama
Taip SPR <jarak> No. Kad pengenalan dan hantar ke 15888
Contoh mesej:
SPR 881211056987 kemudian hantar ke 15888
Cara Kedua
Taip SPR <jarak> Semak <jarak> No Kad Pengenalan
Contoh mesej:
Taip SPR <jarak> Semak <jarak> No. Kad pengenalan dan hantar ke 15888
Sebagai maklumat tambahan, anda akan dicaj sebanyak 0.15 Sen bagi setiap penghantaran mesej dan 0.20 Sen bagi setiap penerimaan mesej.
Semoga perkongsian Semak Daftar Pengundi Secara Online bermanfaat kepada anda. Jadilah pengundi yang bijak!! Keputusan di tangan anda.