SAPS Ibu Bapa Semakan
Keputusan Peperiksaan (TERKINI). Dengan adanya perkhidmatan terbaru
daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), para ibu bapa kini boleh
memantau perkembangan akedemik anak-anak mereka.
Namun begitu, bagi peperiksaan besar seperti Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran TIngkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), sistem SAPS NKRA ini tidak
dapat membuat semakan keputusan peperiksaan.
Para ibu bapa hanya boleh membuat semakan keputusan ujian
bulanan, peperiksaan percubaan dan peperiksaan tahunan dalam SAPS Ibu Bapa
seperti yang diuruskan oleh pihak pengurusan sekolah.
SAPS Ibu Bapa Semakan
Keputusan Peperiksaan (TERKINI)
Untuk para ibu bapa yang ingin membuat semakan keputusan
peperiksaan anak mereka, sila layari pautan di bawah.
Semakan Online
|
:
|
Panduan membuat semakan mengunakan aplikasi perkhidmatan
SAPS NKRA.
- Sila layari pautan di atas.
- Masukkan nombor sijil lahir atau nombor kad pengenalan (tanpa – ) tanpa jarak.
- Tekan butang “CARI”.
- Sila pilih negeri tempat anak anda bersekolah dan nama sekolah.
- Tekan butang “SEMAK”.
- Kemudian, sila pilih tahun untuk keputusan peperiksaan yang anda ingin semak.
- Akhir sekali, sila pilih jenis peperiksaan yang anda ingin semak. Jenis jenis keputusan peperiksaan yang anda boleh semak mengunakan aplikasi SAPS NKRA ialah semakan keputusan ujian, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun, percubaan UPSR/ PT3/ SPM/ STPM dan lain lain lagi.
- Setelah anda mengisi semua maklumat yang diperlukan, sila klk pada butang “PAPAR SLIP KEPUTUSAN”. Anda akan dapat menyemak keputusan peperiksaan dengan lebih terperinci kerana ianya akan memaparkan kedudukan dalam kelas, markah serta gred bagi setiap mata pelajaran.
- Anda juga boleh memilih paparan “PAPAR MARKAH PEPERIKSAAN” untuk menganalisa dan menyemak markah bagi semua peperiksaan dan ujian.
SAPS NKRA Key In Markah
Bagi golongan guru pula, anda boleh mengisi markah pelajar mengunakan pautan di bawah:
Key-In Markah
|
:
|
Jika anda mempunyai
masalah mengenai perkhidmatan SAPS NKRA ini:
Jika anda mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan, anda
boleh menghubungi:
Talian sementara SAPS: 012-6497579
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi – 5.00 petang)
*Kecuali cuti umum
Waktu rehat: 1.00 petang – 2.00 petang (Isnin – Khamis) dan
12.15 petang hingga 2.45 petang (Jumaat)
Semoga perkongsian SAPS
Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan (TERKINI) ini bermanfaat kepada anda
Sila baca juga Tarikh Peperiksaan UPSR, PAV, PT3, SPM, SPMU dan STAM