Permohonan
Prasekolah 2019 Online. Berita baik kepada semua ibu bapa yang
mempunyai anak yang bakal menjejakkan kaki ke alam persekolahan, mereka kini
boleh membuat permohonan untuk menghantar anak mereka ke prasekolah bagi tahun
2019.
Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berumur dalam
lingkungan 4-5 tahun, adalah layak untuk membuat permohonan untuk kemasukkan
anak ke prasekolah.
Syarat
dan Kelayakan Kanak-Kanak Untuk Masuk Ke Pra Sekolah
- Kanak - kanak tersebut mestilah warganegara Malaysia.
- Kanak – kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 sehingga 15 Januari 2015 adalah layak untuk masuk ke prasekolah.
Proses pemilihan untuk kemasukan kanak – kanak ke pra
sekolah adalah berdasarkan markah merit.
Permohonan
Prasekolah 2019 Online.
Terdapat dua (2) cara untuk membuat permohonan
kemasukkan ke prasekolah iaitu permohonan secara Online dan permohonan secara
manual.
Bagi ibu bapa yang ingin membuat permohonan secara
Online, sila layari pautan di bawah untuk membuat permohonan.
Permohonan Online
|
:
|
|
Tarikh Permohonan Ditutup
|
:
|
30
April 2018
|
Peringatan kepada ibu bapa yang membuat permohonan
mengunakan aplikasi permohonan E-Prasekolah:-
- Hanya bapa/ ibu/ penjaga sahaja yang boleh mendaftarkan dan membuat permohonan untuk kanak-kanak.
- Bagi permohonan secara Online, carian institusi (sekolah) hanya boleh dilakukan untuk pemohon yang berdaftar sahaja. Oleh sebab itu, sila daftar dahulu sebagai penguna sebelum mengunakan aplikasi E-Prasekolah.
Permohonan
Prasekolah 2019 Secara Manual.
Bagi ibu bapa yang memilih cara untuk membuat permohonan
secara manual, sila lihat panduan untuk membuat permohonan di bawah:-
- Bapa/ ibu/ penjaga perlu mengambil borang permohonan di institusi (sekolah) yang ingin dipohon.
- Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap sebelum borang permohonan dihantar disertakan dengan dokumen – dokumen yang diperlukan.
Tarikh Permohonan dibuka
|
:
|
1 Mac 2018
|
Tarikh Permohonan ditutup
|
:
|
31 Mei 2018
|
Sila klik sini untuk panduan penuh permohonan secara manual.
Semakan
Keputusan Permohonan Kemasukkan ke Prasekolah
Kepada ibu bapa yang telah membuat permohonan secara
Online, anda boleh membuat semakan secara Online dengan melayari pautan di
bawah:-
Semakan Permohonan Online
|
:
|
Bagi Ibu bapa yang telah membuat permohonan secara
manual, anda boleh terus ke institusi (sekolah) yang telah dipohon untuk
membuat semakan keputusan permohonan.
Semoga perkongsian Permohonan
Prasekolah 2019 Online ini bermanfaat kepada anda.
Sila lihat juga Semakan Keputusan Rayuan Kedua Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2018
Klik sini untuk Tarikh Pembayara BR1M 2018 Masuk Akaun