Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia PPA1M 2018 Online

Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia PPA1M 2018 Online. Melalui pembentangan bajet 2018, kerajaan telah melancarkan skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) iaitu menyediakan rumah mampu milik bagi penjawat awam di seluruh Malaysia.

Dengan keluasan rumah 850 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi, rumah mampu milik bagi penjawat awam tersebut berharga daripada RM90,000 sehingga RM300,000 akan dibina di bandar-bandar utama seluruh Malaysia.

Projek skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)ini akan dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri.


Program PPA1M ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu penjawat awam untuk memiliki rumah sendiri dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran (20%-30% lebih rendah daripada harga pasaran).

Pendaftaran Akaun PPA1M 
Bagi pemohon yang belum membuat pendaftaran, sila layari pautan di bawah untuk proses pendaftaran


Pendaftaran Akaun PPA1M
:


Sila lengkapkan maklumat diri anda dan pastikan anda memasukkan email anda yang masih aktif kerana kata nama (ID) dan kata laluan (password) anda akan dihantar ke email yang anda daftarkan.

Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia PPA1M 2018 Online
Kepada pemohon yang telah mendaftar, sila buat permohonan dengan melayari pautan di bawah. Sila gunakan kata nama (ID) dan kata laluan (password) yang telah dihantar ke email anda.


Permohonan Online
:


Permohonan PPA1M Ini Terbuka Kepada:-
Berikut merupakan senarai pemohon yang boleh memohon.
  1. Angota Perkhidmatan Persekutuan
  2. Angota Perkhidmatan Negeri
  3. Angota Pihak Berkuasa Tempatan
  4. Angota Badan Berkanun (yang tersenarai sahaja)
  5. Agota Badan Berkanun Negeri (yang tersenarai sahaja)


Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia PPA1M 2018 Online


Syarat Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia PPA1M 2018
Berikut merupakan syarat-syarat permohonan:-
  • Semua penjawat awam layak memohon termasuk yang bersara dan kontrak.
  • Semua penjawat awam boleh memohon termasuk yang sudah memiliki rumah.Namun begitu, keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang belum mempunyai rumah.
  • Permohonan PPA1M tidak mengambil kira pendapatan bulanan. Namun begitu, keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang berpendapatan di bawah RM 10,000 (gaji pokok individu sahaja).
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang berkerja dekat dengan projek PPA1M. Namun begitu, pemohon boleh memohon mana-mana projek PPA1M.
  • Pemohon tidak diisytiharkan muflis.
  • Pemohon boleh memohon lebih daripada satu (1) projek PPA1M. Jika permohonan berjaya, hanya satu (1) rumah sahaja yang akan ditawarkan.
  • Permohonan hanya akan dibuka dalam tempoh iklan projek tersebut sahaja.
  • Rumah tidak boleh dijual dan dipindah milik tanpa kebenaran kerajaan kecuali kepada waris terdeka. Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan
 Proses Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia PPA1M 2018
  1. PendaftaranPendataran akaun PPA1M
  2. PelancaranSila lihat pelancaran projek PPA1M di laman web PPA1M
  3. PermohonanBuat permohonan secara online
  4. Pemilihan ProjekPilihprojek PPA1M berdasarkan kelayakan pembiayaian
  5. Pengundian/PemilihanPengundian dan pemilihan akan dibuat megikut kaedah yang telah ditentukan oleh Jawatan Kuasa Pemilihan dan Penawaran PPA1M
  6. PenawaranPemohon yang berjaya akan dimalumkan menerusi SMS, email dan semakan di laman rasmi PPA1M
  7. Perjanjian Jual BeliSemasa menandatangani Perjanjian Jual Beli, sila sediakan deposit sebanyak 2%.
  8. PembiayaianSebarang pinjaman hendaklah mendapat kelulusan dalam tempoh 2 bulan setelah proses menandatangani Perjanjian Jual Beli
  9. Penyerahan Kunci
Semoga perkongsian Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia PPA1M 2018 Online ini bermanfaat kepada anda.
-->

0 comment... add one now