Permohonan Kemasukan Asasi UTP 2018 Online



Permohonan Kemasukan Asasi UTP 2018 Online
Permohonan Kemasukan Asasi UTP 2018 Online. Berita baik kepada semua yang ingin melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Petronas (UTP), anda kini boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup.
Permohonan kemasukan ke Universiti Teknolog Petonas (UTP) adalah bagi peringkat pengajian:-

  1. Program Asasi
  2. Program Sarjana Muda
  3. Program Pascasiswazah

Permohonan Kemasukan Asasi UTP 2018 Online

Permohonan Kemasukan UTP 2018 Online.

Syarat Kemasukkan Bagi Program Asasi.
Universiti Teknologi Petronas (UTP) menawarkan dia bidang bagi program asasi iaitu :-

Program Asasi Kejuruteraan, Petroleum Geosains dan Sains
Berikut merupakan syarat kemasukan bagi program Asasi Kejuruteraan, Petroleum Geosains dan Sains
Bagi SPM dan Setaraf:
Lulus SPM/SPMV sekurang – kurangnya mendapat keputusan C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik , Fizik, Kimia DAN Matematik Tambahan.

Bagi O Level dan setaraf:
Lulus O Level dan mendapat keputusan sekurang kurangnya mendapat 5 kredit (gred C) termasuk matapelajaran Matematik, Fizik, Kimia DAN 2 matapelajaran lain

Program Asasi dalam Bidang Teknologi
Berikut merupakan syarat kemasukan bagi program Asasi dalam Bidang Teknologi:-
Bagi SPM dan Setaraf:
Lulus SPM/SPMV dan mendapat keputusan sekurang kurangnya 5 kredit (gred C) termasuk matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,Matematik dan 2 matapelajaran lain bukan bahasa
Bagi O Level dan setaraf:
Lulus O Level dan mendapat keputusan sekurang kurangnya 5 kredit (gred C) DAN matapelajaran Matematik DAN 2 matapelajaran lain bukan bahasa

Untuk membuat permohonan Online bagi peringkat Asasi, sila klik pautan di bawah.

Tarikh Permohonan Kemasukan Asasi UTP 2018 Online.
Sila semak tarikh penting sebelum membuat permohonan
Ambilan
:
Mac2018
Peringkat pengajian
:
Asasi
Permohonan dibuka
:
20 Oktober 2017
Permohonan ditutup
:
4 Mac 2018
Pendaftaran
:
22 Mac 2018
Semester bermula
:
26 Mac 2018

Makluman Tambahan
Sila sediakan dokumen seperti yang disenaraikan dan simpan dalam bentuk .PDF. Sila sertakan dokumen tersebut semasa pross permohonan secara Online.

  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil keputusan bagi
  • Keputusan percubaan SPM 2017/ SPM 2016 dan SPM 2015 ATAU kelayakan lain yang setaraf (O Level, IGCSE dan lain lain)
  • Bukti pembayaran Processing Fee (internet banking, cash deposit, telegraphic transfer atau electronic fund transfer) sebanyak RM 30. *Processing fee tidak akan dikembalikan

Semoga perkongsian Permohonan Kemasukan Asasi UTP 2018 Online ini bermanfaat kepada anda.

-->

2 comments.. read them below or add one

Naziman Azlye Naziman Azlye 28 February 2018 at 06:46
Berdasarkan requirement untuk masuk asasi UTP, nampaknya tidak tinggi sangat. Tapi nak dapat tu, hurmmm..
Wan Syahida Wan Syahida 28 February 2018 at 11:19
Nak layak mmg mudah. Nak dapat tu yg kena bersaing hehe.. all d best bagi yg apply ��