Jadual SPM Ulangan SPMU 2018



Jadual SPM Ulangan SPMU 2018. Kepada semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan pada tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Lembaga Peperiksaan (LP) telah meminda tarikh asal bagi Ujian Bertulis peperiksaan SPMU kepada suatu tarikh.

Menerusi surat Pindaan Tarikh Pentaksiran Dan Peperiksaan Kendalian Lembaga Peperiksaan bagi tahun 2018, tarikh asal bagi peperiksaan Ujian Bertulis Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) telah ditukar dari tarikh asal iaitu 19 Ju 2018 hingga 21 Jun 2018 ke tarikh baru iaitu 25 Jun 2018 hingga 27 Jun 2018.

Hebahan pemindaan tarikh Ujian Bertulis bagi Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) boleh disemak melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan (LP). Klik sini untuk melihat hebahan melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan.

Sebagai maklumat tambahan, peperiksaan SPMU akan diadakan sebanyak 2 kali setahun iaitu sesi bulan Jun dan sesi bulan November.


Jadual SPM Ulangan SPMU 2018.
Di bawah merupakan tarikh baru bagi Ujian Bertulis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun 2018 setelah dipinda.:-

Sesi Jun
Peperiksaan
Tarikh
Ujian Lisan
4 hingga 30 Jun 2018
Ujian Bertulis
25 hingga 27 Jun 2018

Bagi peperiksaan SPMU sesi bulan Jun, peperiksaan pada sesi ini hanya melibatkan tiga (3) kertas peperiksaan sahaja iaitu Sejarah, Matematik dan Bahasa Melayu SAHAJA.

Sesi November
Peperiksaan
Tarikh
Ujian Lisan
4 hingga 30 Jun 2018
Ujian Bertulis
13 Novmber hingga 13 Disember 2018

Bagi peperiksaan SPMU sesi bulan November pula, calon bakal menduduki peperiksaan melibatkan 
semua mata pelajaran seperti calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lain.

Panduan dan Arahan Kepada Calon SPMU
  • Calon wajib mengambil peperiksaan bagi mata pelajaran yang telah didaftarkan.
  • Bagi calon yang tidak dapat mengambil peperiksaan pada masa yang terlah diuumkan, calon perlu mengemukakan dokumen sokongan tidak dapat menghadirkan diri ketika peperksaan kepada Lembaga Peperiksaan.
  • Dokumen sokongan perlu diserahka kepada Ketua Pengawas dalam tempoh peperiksaan SPM.

  • Sila semak maklumat diri sebelum menduduki peperiksaan. Jika berlaku ralat, sila hubungi Jabatan Pelajaran Malaysia bagi proses kemaskini maklumat.
  • Jumlah bayara untuk SPMU ialah RM30.
  • Penbayaran perlu dibuat dengan mengunakan Wang Pos atas nama Pengarah Pendidikan Negeri di tempat anda mendaftar untuk mengambil peperiksaan SPMU.
  • Sila baca Garis Panduan dan arahan peperiksaan dan tandatanga Borang Pengakuan Calon.
Semoga perkongsian Jadual SPM Ulangan SPMU 2018 ini bermanfaat kepada anda.
-->

0 comment... add one now