Cara Untuk mendapatkan Simkad Unifi Percuma. Kepada orang
awam yang masih tercari-cari ingin mengunakan pelan internet, Telekom Malaysia
(TM) telah memperkenalkan satu pelan baharu untuk mengantikan pelan Webe yang
sebelum ini.
Pelan terbaru yang diperkenalkan oleh Telekom Malaysia ialah
Unifi Mobile. Pelan Unifi Mobile ini akan mengantikan pelan lama TM iaitu Webe
dimana pendaftaran baru untuk Webe telah ditutup.
Pelan Unifi Mobile ini berkonsepkan ada tamat tempoh (prepaid)
dan konsep postpaid belum lagi diperkenalkan.
Sempena pelancaran pertama Unifi Mobile, sebanyak 1 juta
simkad telah diperuntukan dan diberi secara percuma sehingga 31 Mac 2018.
Pakej yang terdapat
dalam Simkad percuma Unifi Mobile
Jika anda mendapatkan simkad percuma Unifi Mobile, berikut
merupakan pakej yang anda dapat
- 20 GB data ( LTE sahaja)
- 50 MB data ( 3G / LTE )
- 10 minit masa panggilan ( semua rangkaian )
- 10 SMS ( semua rangkaian )
- Setiap pemohon boleh memohon sehingga maksimum 5 simkad
Harga Pakej Add On Unifi
Mobile
Berikut merupakan harga dan maklumat mengenai pakej Add On..
8 GB
High-speed ( 4 GB LTE sahaja + 4 GB LTE / 3G)
|
RM 50
|
4 GB
High-speed (2 GB LTE sahaja + 2 GB LTE / 3G)
|
RM 30
|
2 GB
High-speed (1 GB LTE sahaja + 1GB LTE / 3G)
|
RM 15
|
1 GB
Internet asas (1 GB LTE / 3G)
|
RM 13
|
200 min
calls + 200 SMS
|
RM 30
|
60 min calls
+ 60 SMS
|
RM10
|
Cara Untuk
mendapatkan Simkad Unifi Percuma.
Sekiranya anda berminat untuk mencuba pelan terbaru daripada
Telekom Malaysia ini, anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah untuk
mendapatkan simkan Unifi Mobile secara percuma:-
- Sila Download aplikasi mobile@unifi dari Google Playstore.
- Setelah aplikasi di download, buka aplikasi dan tekan pasa butang “I WANT TO GET A SIM”
- Pastikan anda telah membaca terma dan syarat sebelum menekan butang “I WANT TO START NOW”.
- Sila masukkan maklumat diri anda di ruangan yang telah disediakan.
- Setelah anda mengisi maklumat diri, anda boleh memilih berapa smkad yang anda perlukan. Setiap pemohon boleh memohon sehinga maksima 5 simkad.
- Setelah itu, sila pilih tempat anda hendak mengambil simkad anda. Sila pilih TM point yang berdekatan dengan anda.
- Bagi penghantaran mengunakan pos, anda akan dikenakan caj RM10.60 sebagai servis penghantaran.
Semoga perkongsian Cara
Untuk mendapatkan Simkad Unifi Percuma ini bermanfaat kepada anda.