Cara Tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M 2018





Cara Tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M 2018. Apakah itu Skim Khairat Kematian? Skim Khairat Kematian merupakan satu insurans yang telah diperkenalkan bagi mengantikan Insurans Takaful Berkelompok atau lebih dikenali sebagai i-BR1M pada pemberian BR1M pada tahun 2014.

Cara Tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M 2018.
Sebagai peringatan kepada waris, penerima hendaklah mengemaskini permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) mereka dan melengkapkan maklumat waris. Hanya waris yang dinamakan oleh penerima BR1M sahaja yang layak untuk membuat tuntutan sekiranya penerima BR1M meninggal dunia dalam tempoh Skim Khairat Kematian (SKK).

Bagi tahun 2018, tempoh kematian penerima BR1M ialah dari 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018.

Skim Khairat Kematian ini akan memberi manfaat kepada waris penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM1000.

Prosedur untuk membuat tuntutan Skim Khairat Kematian
Bagi waris yang ingin membuat tuntutan, waris hanya perlu ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan dengan membawa dokumen seperti di bawah untuk tujuan tuntutan:-


  • Sijil kematian asal/salinan penerima BR1M daripada Jabatan Pendaftaran Negara
  • Kad Pengenalan asal waris
  • Apa-apa dokumen yang membuktikan hubungan pertalian antara penerima BR1M dan waris. (Contoh Sijil nikah/perkhawinan jika waris adalah pasangan atau sijil lahir dan jika waris ialah ibu atau bapa, sila bawa sijil lahir)

Selepas dokumen pengesahan tersebut dikemukan dan disahkan pihak Bank SImpanan Nasional (BSN), pihak BSN akan membuat pembayaran.


Waris yang layak untuk didaftarkan ketika proses permohonan dan kemaskini BR1M.
Berikut merupakan senarai yang layak untuk didaftarkan sebagai waris penerima BR1M

  • Ibu
  • Bapa
  • Pasangan
  • Adik beradik
  • Anak
  • Cucu

Maklumat tambahan Skim Khairat Kematian BR1M 2018.
  • Pendaftaran waris tidak terhad kepada warganegara Malaysia sahaja. Waris hendaklah mempunyai hubungan pertalian seperti yang telah dinyatakan di atas.
  • Semasa pendaftaran waris, tiada sebarang dokumen yang perlu dikemukan. Namun begitu, sila pastikan maklumat mengenai waris adalah tepat dan mempunyai hubungan pertalian seperti yang telah disenaraikan.
  • Tiada had umur untuk penamaan waris
  • Jika penerima BR1M tidak menamakan sebarang waris dalam permohonan dan kemaskini BR1M, sebarang urusan tuntutan adalah TIDAK dibenarkan.
Semoga perkongsian Cara Tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M 2018 ini bermanfaat kepada anda.
-->

0 comment... add one now