Cara Tonton Bola Sepak Di Iflix Perlawanan Liga Malaysia



Cara Tonton Bola Sepak Di Iflix Perlawanan Liga Malaysia. Seperti yang kita tahu, Football Malaysia LLP telah berkerjasama dengan Iflix untuk menyiarkan perlawanan bola sepak di Malaysia.

Sebanyak 132 perlawanan bola sepak termasuk Unifi Liga Super, Unifi Liga Malaysia  serta beberapa perlawanan pilihan daripada Piala FA dan 100 Plus Liga Premier akan anda dapat tonton menerusi saluran “Football Malaysia on iflix”.

Iflix telah membeli hak penyiaran untuk Liga Malaysia sebanyak RM 300 juta bagi tempoh 10 tahun. Hak penyiaran sebanyak RM 300 juta tersebut merangkumi RM 200 juta bagi menerbitkan profil pemain, rancangan hiburan bola sepak, produksi sebalik tabir dan penerbitan sedutan perlawanan.

RM 100 juta lagi akan digunakan bagi membayar hak penyiaran kepada pasukan yang bertanding membabitkan 12 pasukan bagi Unifi Liga Super dan 12 pasukan dalam 100 Plus Liga Premier.

Cara Tonton Bola Sepak Di Iflix Perlawanan Liga Malaysia.

Bagi peminat setia bola sepak tanah air, dengan adanya kerjasama diantara FMLLP dan iflix ini, anda boleh menonton perlawan bola sepak secara live streaming di telefon pintar, laptop, desktop, tablet dan television.

Kepada anda yang ingin menonton perlawanan bola sepak di telefon pintar, anda cuma perlu memuat turun aplikasi iflix di Apps Store ataupun Google Playstore.

Jika anda mengunakan platform seperti laptop ataupun desktop, anda hanya perlu melayari laman rasmi iflix.com

Spesifikasi Telefon Pintar Untuk Mengunakan Iflix.
Berikut merupakan specifikasi minimum mengikut telefon pintar.

Apple: Sekurang-kurangnya iPhone 5 dan sekurang-kurangnya IOS9

Android: Sekurang-kurangnya Android 4.4

Desktop: Windows 7 atau Windows 8

MAC: Sekurang-kurangnya OSX

Browser: Chrome 40+, Safari 7+ dan Internet Explorer 11

Pendaftaran Kali Pertama Iflix
Bagi penguna kali pertama, sila ikuti langkah-langkah di bawah:-

Langkah 1: Pendaftaran boleh dibuat mengunakan akaun email, Facebook dan Google. (30 hari percuma untuk pendaftaran pertama).

Langkah 2: Pilih saluran The Football Malaysia untuk melihat kandungan siaran.



Langkah 3: Selepas 30 hari percuma yang diberikan oleh iflix, anda kena subscribe Iflix.
 
Semoga perkongsian Cara Tonton Bola Sepak Di Iflix Perlawanan Liga Malaysia ini bermanfaat kepada anda.
-->

0 comment... add one now