Harga Passport Antarabangsa Untuk Tahun 2018. Kepada yang
suka melancong, anda pastinya sangat tahu bahawa passport sememangnya sangat
penting apabila anda berada di negara asing.
Sebagai info tambahan, kepada semua orang yang ingin
melancong ke negara lain, terdapat pembaharuan dari segi harga passport
antarabangsa untuk tahun 2018.
Berbanding dengan tahun sebelumnya, pada tahun 2018, harga
passport sedikit telah berkurang bagi passport antarabangsa mengikut umur.
Harga Passport
Antarabangsa Untuk Tahun 2018
Berikut merupakan harga passport terkini bagi tahun 2018:-
- Passport untuk pemohon yang berumur 13 tahun hingga 59 tahun = RM 200
- Passport untuk pemohon yang berumur 60 tahun dank e atas = RM 100
- Passport untuk pemohon yang belajar di luar negara = RM 100
- Passport untuk pemohon yang ingin mengerjakan Jemaah haji : RM 100
- Passport untuk Orang Kurang Upaya (OKU) = Percuma
Kepada yang bercadang untuk melancong pada tahun ini dan
belum mempunyai passport, anda bolehlah segera berbuat demikian di Jabatan
Imigresen berdekatan anda dengan harga terkini.
Bagi mereka yang ingin memperbaharui passport anda, anda
juga boleh berbuat demikian di kaunter Jabatan Imigresen berdekatan ataupun
berbuat demikian secara Online dengan melayari portal rasmi Jabatan Imigresen.
Semoga perkongsian Harga Passport Antarabangsa Untuk Tahun
2018 ini bermanfaat kepada anda.