Infomasi Terkini

Terbaru

10 October 2017

Tempat-Tempat Menarik di Sabah



Tempat-tempat menarik di Sabah. Sabah Negeri Di Bawah Bayu kini merupakan salah tempat yang menjadi tarikan pelancong dari dalam serta luar negara kerana terkenal dengan keindahan alam semula jadinya.

Berikut merupakan beberapa tempat menarik yang perlu anda lawat jika melawat di Sabah.

Tempat-tempat menarik di Sabah
 Tempat-Tempat Menarik di Sabah
Kinabalu Park
Terletak di Kundasang dan memakan masa 1 jam 30 minit dari Kota Kinabalu. Merupakan laluan utama untuk ke Gunung Kinabalu. Suasana yang sejuk membuatkan anda merasa seperti di luar negara. Tempat yang boleh dilawati sekitar Kundasang ialah Desa Farm, Strawberry Garden, Rabbit Village, Fish Spa Luanti, Kolam Air Panas Poring dan Tugu War Memorial.


 Tempat-Tempat Menarik di Sabah
Rainforest Discover Centre (RDC)
Bagi mereka yang sukakan alam seula jadi boleh melawat tempat ini kerana banyak kajian berkenaan alam semula jadi dilakukan di sini. Terletak di Sandakan dan perjalanan dianggarkan memakan masa 5 jam dari Kota Kinabalu. Jika bernasib baik boleh melhat haiwan seperti kijang, pelanduk, musang, monyet tarsier dan lain-lain lagi di sepanjang perjalanan. 

 
Tempat-Tempat Menarik di Sabah
Pulau Sipadan
Antara 10 Pulau tercantik di dunia. Terkenal dengan keindahan pemandangan dasar laut. Kaki selam bolehlahmelawat Pulau Sipadan.


Tempat-Tempat Menarik di Sabah
Taman Marin Tunku Abdul Rahman
Gabungan 5 buah pulau yang berdekatan iaitu Pulau Sulug, Pulau Gaya, Pulau Manukan Pulau Sapi, dan Pulau Mamutik. Aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah snorkeling, banana bot dan aktiviti riadah yang santai-santai sahaja.


 Tempat-Tempat Menarik di Sabah
Lembah Danum
Terletak ditengah hutan di Lahad Datu. Tempat ini juga merupakan habitat haiwan liar seperti badak sumbu, harimau dahan, urang utan, ungka dan macam-macam lagi. 

Perjalanan dianggarkan memakan masa 6 jam dari Kota Kinabalu. Terdapat juga lapangan terbang kecil ke Lahad Datu.


 Tempat-Tempat Menarik di Sabah
Pulau Tiga
Dikenali sebagai Survivor Island kerana pulau ini tidak diduduki dan terletak 120KM dari Kota Kinabalu.


Tempat-Tempat Menarik di Sabah
Pulau Layang-layang
Lokasi menyelam kedua popular selepas Pulau Sipadan. Terdapat pangkalan tentera laut Malaysia, resort yang mempunyai 90 bilik dan tempat penetasan beberapa jenis burung laut ketika berhijrah.

Semoga perkongsian Tempat-tempat menarik di Sabah ini bermanfaat kepada anda.




1 comment: