Infomasi Terkini

Terbaru

8 October 2017

Kepentingan Warming-up Sebelum Bersukan

Kepentingan Warming-up Sebelum Bersukan

Kepentingan Warming-up Sebelum Bersukan. Kita telah didedahkan sejak di bangku sekolah lagi untuk warming up sebelum memulakan matapelajaran Pendidikan Jasmani. Namun begitu,tahukah anda kepentingan  warming up?

Warming up atau lebih dikenali sebagai pemanasan badan  adalah satu rutin yang harus anda lakukan sebelum memulakan latihan yang  berintensiti tinggi

Kepentingan Warming-up Sebelum Bersukan

Mengelakkan kecederaan.
Rutin ini diperlukan supaya badan dan otot kita bersedia dengan sebarang kemungkinan untuk cedera. Jika otot telah bersedia, kita boleh mengurangkan risikootot cedera ataupun mengurangkan risiko kecederaan.

Mengelak kekejangan otot
Warming up akan melancarkan aliran darah dalam otot kita. Darah membawa oksigen dan menyebabkan otot kita berkerja ditahap yang terbaik.

Menyesuaikan kadar denyutan jantung kita.
Dalam keadan normal, jantung kita akan berdenyut dengan kadar yang lebih rendah dan bila kita bersukan, jantung kita akan berdenyut dengan lebih tinggi. 

Bagi mengelakkan jantung kita mengalami kejutan dengan tekanan yang datang secara tiba-tiba, kita perlu meningkatkan kadar denyutan secara peringkat dengan melalukan aktiviti pemanasan badan secara berperingkat sebelum melakukan aktiviti lasak.

Mengurangkan kesan sakit pada badan selepas bersukan.
Kita seringakali merasa sakit badan setelah melakukan aktiviti atau bersukan yang mempunyai intensiti yang tinggi. Dengan warming up, ianya dapat mengurang kesan sakit pada badan kita.      
Darah yang mengalir lancar dalam badan kita akan memberi nutrient yang cukup pada otot menyebabkan otot dapat beraksi pada tahap yang optimum.

Semoga perkongsian Kepentingan Warming-up Sebelum Bersukan ini bermanfaat kepada anda.

No comments:

Post a Comment