Infomasi Terkini

Terbaru

7 October 2017

Cara Menghilangkan Cagu atau Kuku Cengkam


Cara Menghilangkan Cagu atau Kuku Cengkam. Cagu ataupun lebih dikenali sebagai kuku cengkan selalunya menyerang ibu jari kaki dan menyebabkan kesakitan yang melampau nag mengelurkan nanah yang berbau busuk.

Punca Cagu ataupun kuku cengkam.
1) Teknik potong kuku yang salah 
2) Kuku terlebih potong se hingga mengcungkil ke celah dalam kulit 
3) Memakai kasut yang ketat terlalu lama 
4) Memaksa memasukkan kaki hingga hujung jari sempit  
5) Kuku tumbuh dengan tidak sempurna lalu mencengkam ke dalam kulit daging 

Cara Menghilangkan Cagu atau Kuku Cengkam.

Berikut merupakan beberapa tips untuk merawat cagu ataupun kuku cengkam.

Air lima nipis.
Sapukan air perahan limau nipis pada kuku yang mencengkam daging tu. Lakukan 2 atau 3 kali sehari dan sakitnya pasti akan berkurang. Air perahan limau akan memyebabkan kawasan menjadi sangat sakit buat seketika.

Santan kelapa
Perah air santan yang pekat di atas cagu dan biarkan seketika. Lakukan sebanyak kali yang mungkin agar cagu akan cepat sembuh.

Daun inai
Petua ini untuk menyurutkan kesan cagu. Ambil segengam daun inai dan tumbuk sehingga daun inai menjadi halus. Kemudian, balut pada jari yang bercagu sehingga kering.

Daun keembung putih
Jika cara sebelum ini tidak berkesan, gunakan daun keembung putih dan tumbuk sehingga halus. Balutkan daun keembung putih yang telah ditumbuk pada cagu dan bungkuskan mengunakan plastik. Tunggu sejam sebelum membuka balutan tersebut.

Merendamkan kaki dengan air garam
Rendam kaki anda dengan air suam-suam kuku yang diletakkan garam selama 20 minit untuk melembutkan kuku kaki yang bermasalah. Petua ini bagi memudahkan anda membuang kuku kaki yang bermasalah, mengurangkan kesakitan ketika memotong kuku kaki dan mengelakkan jangkitan.

Cuka epal
Letakkan beberapa titik cuka epal dalam air rendaman untuk kaki yang bercagu. Ini bagi membunuh kuman pada cagu, mengurangkan kesakitan pada jari yang bermasalah.

Campuran Kunyit, Daun Inai dan Kapur Sirih
Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut dan letakkan pada bahagan ibu jari yang bercagu. Tunggu sehingga kering sebelum membuka balutan. Lakukan beberapa kali sehingga cagu anda sembuh.

Semoga perkongsian Cara Menghilangkan Cagu atau Kuku Cengkam ini bermanfaat kepada anda.

No comments:

Post a Comment