Infomasi Terkini

Terbaru

18 September 2017

Permohonan Rumah Bina Negara Risda 2017




Permohonan Rumah Bina Negara Risda 2017 adalah bertujuan untuk menyediakan rumah selesa kepada generasi kedua luar Bandar pada harga mampu milik. Selain itu, objektif utama RBN 2017 ini juga untuk mengekalkan dan menarik generasi kedua luar Bandar untuk kembli dan tingal di luar Bandar.

Untuk pengetahuan, borang boleh didapati secara percuma di laman sesawang rasmi


Sedikit info mengenai Rumah Bina Negara
Gambar
Permohonan Rumah Bina Negara Risda 2017


Pelan dan spesifikasi RBN.

Syarat Permohonan Rumah Bina Negara Risda 2017
  • Warganegara Malaysia
  • Generasi kedua luar Bandar
  • Pemohon mestilah bermastautin di kampung
  • Pendapatan seisi rumah kurang daripada RM4,000 sebulan
  • Sudah berkahwin atau ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Pembeli rumah pertama atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
  • Mempunyai tanah yang bersesuaian dan tiada sekatan untuk tujuan pembinaan bebas daripada sebarang cagaran, sekatan atau telah dikaveatkan untuk tujuan lain.
  • Mempunyai tanah milik sendiri/ibu/bapa dan tidak melebihi 2 penama.
  • Hanya sebuah unit Rumah Bina Negara sahaja boleh dibina untuk satu lot tanah yang dimohon.
  • Semua pemilik tanah bersetuju mencagarkan tapak tanahnya yang ingin di bina Rumah Bina Negara.
  • Sebarang kos penyediaan tapak di tanggung sepenuhnya oleh Pemohon.
  • Pemohon mestilah memastikan terdapatnya kemudahan penyambungan sesalur dan utiliti (elektrik dan air).
  • Mempunyai Penyata Bank / Slip Gaji / Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan sebagai bukti kemampuan boleh bayar balik pinjaman.
Borang Permohonan Rumah Bina Negara Risda 2017
Terdapat 4 borang yang peru pemohon lengkapkan untuk memohon RBN.


Cara Permohonan Rumah Bina Negara Risda 2017

  • Dapatkan borang permohonan daripada cawangan Risda berdekatan dengan anda ataupun melalui laman sesawang rasmi RISDA.
  • Lengkapkan borang
  • Hantar borang ke Cawangan Risda berdekatan dengaan anda. 
Lokasi Pejabat RISDA di seluruh negeri.

Semoga perkongsian Permohonan Rumah Bina Negara Risda 2017 ini bermanfaat kepada anda.





No comments:

Post a Comment