Adakah anda menghadapi masalah mulut berbau? Terdapat banyak
cara menghilangkan bau mulut supaya anda tidak lagi kurang berkeyakinan ketika
berhadapan dengan orang ramai.
Disini, kami ingin kongsikan beberapa tips supaya mulut anda
tidak lagi berbau.
Cara Menghilangkan
Bau Mulut Dengan Mudah.
#1 Jaga Kebersihan
Mulut
Menjaga kebersihan mulut seperti selalumengosok gigi dan
merkumur-kumur air putih merupakan cara yang paling senang. Selalulah mengosok
gigi agar tiada sisa-sisa makanan tertinggal dalam mulut. Gunakan produk
seperti listerin supaya tiada bakteria tertiggal dalam mulut anda.
#2 Mengunyah Makan Daun Sirih
Sesetengah orang tidak selesa untuk mengunyah daun sirih.
Namun begitu, petua tradisional turun temurun ini buka sahaja mampu
menghilangkan bau mulut mulut malah menguatkan gigi anda.
#3 Elakkan memakan
makanan yang berbau kuat
Makanan seperti petai, belacan, budu, bawang putih dan
sebagainya mengeluarkan bau yang sangat kuat dan melekat pada mulut anda.
Elakkan memakan makan seperti ini sebelum anda berjumpa seseorang seperti teman
wanita ataupun sebelum menghadiri mesyuarat penting.
#4 Banyakkan minum
air putih
Minum banyak air juga mampu menghilangkan bau mulut anda.
Oleh sebab itu, pastikan anda senantiasa membawa sebotol air ke mana sahaja
anda pergi
#5 Jangan minum
minuman beralkohol
Selain tidak baik untuk kesihatan, amalan meminum minuman
beralkohol juga akan menyebabkan mulut anda berbau alkohol. Selain itu, bau alkohol
juga susah hilang walaupun kita telah gosok gigi.
#6 Jangan merokok
Seperti kita tahu, tidak semua orang sukakan bau rokok. Selain
menyebabkan mulut berbau, badan kita turun berbau kerana bau asap rokok akan
melekat pada baju.
Semoga perkongsian Cara Menghilangkan Bau Mulut ini
bermanfaat kepada anda.