Selepas bersalin, terdapat
banyak pantang larang termasuk Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Ketika Berpantang
Bersalin yang perlu diambil kira bagi memastikan si ibu senantiasa sihat dan
tiada kesan sampingan.
Bagi memastikan si ibu
menjaga pantang larang ketika dalam tempoh berpantang, si ibu hendaklah menjaga
kesihatan luar dan dalam.
Makanan seperti sayur yang
menjalar serta buah-buahan yang berasa masam bersifat angina adalah tidak
digalakkan.
Selain daripada itu, makanan
jenis kekacang pula boleh membuat alahan dan kegatalan terutamanya pada kawasan
jahitan .
Makanan yang di awet pula
menyebabkan akan menyebabkan keputihan, berbau hanyir serta darah nifas tidak
keluar dengan lancar.
Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Ketika Berpantang Bersalin.
#1 Buah – Buahan yang berangin dan sejuk
Kebanyakan buah-buahan
tempatan adalah berifat sejuk dan dingin. Contoh buah-buahan yang perlu
dielakkan ialah seperti isi kelapa, sengkuang, durian, pisang, duku, nenas,
pear, cempedak ubi keledek jambu, nangka, tebu dan buah berangan.
#2 Sayur- sayuran yang menjalar
Contoh sayur yang menjalar
adalah pucuk kacang kelisa ubi kayu, pucuk paku pakis labu, , keladi, terung, kacang botol timunkubis kangkung,
rebung.
#3 Makanan jenis kekacang
Produk kacang seperti soya
(tempe, tauhu, taufufah), kacang merah, kacang hijau, barli, kacang kuda, kacang
tanah dan taugeh
#4 Daging dan ayam
Memakan daging dan ayam
yang tidak masak sepenuhnya akan menyebabkan si ibu terdedah kepada bakteria
yang tidak sihat dalam daging dan ayam. Uleh sebab itu, adalah dinasihatkan
agar daging dan ayam dihiris dengan nipis dan dimasak sepenuhnya bagi mengelakkan
jangkitan.
#5 Makanan laut
Makanan seperti ikan masin
sebenarnya tidak memunyai banyak khasiat. Selain daripada itu, makanan seperti
ini juga boleh menyebabkan dan keputihan, melemahkan urat saraf.
Ikan jenis berbisa pula
akan menyebabkan darah ibu turun. Udang dan sotong pula akan menyebabkan alahan
dan kegatalan pada kawasan jahitan (jika dijahit). Tidak semua orang mempunyai
alahan namun begitu adalah dinasihatkan agar si ibu tidak menderita akibat
alahan teruk.
#6 Minuman
Meminum minuman sejuk,
berais, berkarbonat dan berkafein tinggi amatlah tidak digalakkan.
#7 Makanan lain
Diantara makan yang
seboleh-bolehnya dielakkan ialah seperti keju, nasi sejuk atau dingin, budu,
laksa dan mee kuning.
Semoga perkongsian Makanan
Yang Tidak Boleh Dimakan Ketika Berpantang Bersalin ini bermanfaat kepada anda.