Infomasi Terkini

Terbaru

13 August 2017

Cara Mendaftar SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)


          Cara Mendaftar SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)

Cara Mendaftar SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Kerajaan telah menetapkan segala perniagaan Online perlu mendaftarkan perniagaan mereka kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana jika peniaga gagal berbuat demikian, mereka  bakal dikenakan tindakan dibawah  Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (hukuman denda tidak melebihi RM 50,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun). 

Cara mendaftar SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)
Terdapat 2 bentuk perniagaan

Perniagaan Tunggal - Perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik
Perniagaan Perkongsian - Perniagaan dimilki oleh  sekurang-kurangnya dua orang dan tidak melebihi dua puluh  rakan kongsi

Berikut merupakan cara mendaftar SSM.

Pendaftaran boleh didaftarkan mengunakan Nama Sendiri atau nama “Tred”
·          
Nama sendiri
Bagi pemohon yang mengunakan nama seperti nama yang tertera di kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan.
 Contoh:
Ali bin Bakar, Ah Chai Lim, S Kalasari a/l Mutusamy
·          
  Nama “Tred”
Nama perniagaan Tred perlu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Contoh:
Stark industries, Kak Lomah Catering, Kekal Ungul Enterprise.


1)   Melengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat yang diperlukan

2)   Pemilik dan rakan kongsi hendaklah menandatangani di ruangan maklumat pemilik dan di ruangan pengesahan oleh pemilik tunggal/rakan kongsi.
                                       
3)   Pemilik atau rakan kongsi (Orang Yang Bertanggungjawab (OYB))perlu mengemukakan permohonan di kaunter SSM. Pemohon juga boleh mengemukkan permohonan secara online melalui perkhidmatan e-Lodgement di laman web SSM di www.ssm.com.my.

4)   Dokumen yang perlu disertakan ketika membuat permohonan.

  • Salinan kad pengenalan pemilik dan rakan kongsi.
  • Surat Kebenaran atau Surat Sokongan bagi jenis perniagaan Taska (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah/Kolej Pendidikan (Kementerian/Jabatan Pendidikan).
  • Surat kebenaran atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan


Syarat-syarat memohon

  •    Pemilik mestilah warganegara Malaysia
  •    Berumur 18 tahun keatas.
  •    Hanya pemilik atau rakan kongsi sahaja yang dibenarkan memohon.


Panduan Am pemohon
  • Perniagaan telah dijalankan dan didaftarkan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan
  • Perniagaan telah dijalankan dan didaftarkan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan
  • Pendaftaran baru perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.
  • Jenis perniagaan yang didaftarkan tidak menyalahi undang-undang, tidak bersesuaian dengan keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.
  • Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu (1) jam dari waktu pembayaran dibuat.
  • Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.
  •  Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM.




No comments:

Post a Comment