Infomasi Terkini

Terbaru

22 August 2017

Biasiswa Sony EMCS 2017



Sony EMCS (Malaysia) Sdn.Bhd kini menawarkan  Biasiswa Sony EMCS 2017 kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana muda di IPTA, pelajar tahun kedua  atau pelajar tahun ketiga yang layak.

Maklumat Biasiswa SONY EMCS 2017.
Tarikh Tutup Permohonan : 22 September 2017
Jumlah Pembiayaian Biasiswa : RM9,000.00 Setahun
Syarat : Pelajar akan terikat dan berkhidmat untuk SONY EMCS Sdn. Bhd. Setelah tamat pengajian untuk tempoh tertentu (memgikut terma dan Syarat).

Jurusan Bidang
  • Sarjana Muda Teknologi Maklumat atau Komputer
  • Sarjana Muda Perniagaan (Sumber Manusia, Ekonomi, Perakaunan & Kewangan atau Pentadbiran)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik & Elektronik, Mekanikal atau Perisian)
  • Atau bidang-bidang lain yang berkaitan dengan bidang di atas

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia dan berumur 25 tahun ke bawah
  • Pelajar yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda di IPTA / Universiti Awam dan kini dalam tahun kedua atau ketiga
  • Pencapaian akademik cemerlang di sekolah (Tahap SPM / O), Pra-universiti (STPM / A Level / Matriculations)
  • Diploma dan kelayakan ijazah semasa (untuk tahun / semester yang lengkap) dengan PNGK minimum 3.0
  • Mahir dalam bahasa Inggeris, rajin, mempunyai pencapaian akademik cemerlang yang dipadankan dengan ciri kepribadian yang positif dan mempunyai aktiviti tambahan kokurikulum.



Cara Memohon Biasiswa SONY EMCS 2017

Dowload borang permohonan disini


Kemudian hantar ke Alamat berikut :

Human Resource Division
Sony EMCS (Malaysia) Sdn. Bhd.
Lot 5, Jalan Kemajuan, Bangi Industrial Estate,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Attention to : MR. KHUSAIRI / MS. ALIAA


Maklumat Lanjut:

Untuk mendapat kan maklumat yang lebih terperinci, sila hubungi:

Hotline: 03-8913 7212/7214 


No comments:

Post a Comment