Infomasi Terkini

Terbaru

31 July 2017

Senarai Universiti Dalam Bidang Penyelidikan Di Malaysia 2017



 
Senarai Universiti Dalam Bidang Penyelidikan Di Malaysia 2017

Menurut EduAdvisor, berikut  merupakan Senarai Universiti Dalam Bidang Penyelidikan Di Malaysia 2017. Sumbangan penyelidikan sesebuah universiti kepada negara bukan sajaha meningkatkan serta memartabatkan sistem pendidikan sesebuah universiti malah boleh menjadi asset kepada negara.

Selain daripada itu, sesuatu penyelidikan juga bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu isu ataupun masalah.

Bagi mudah diakses oleh seluruh dunia dan membantu para penyelidik lain, hasil penyelidikan akan dibukukan. Selain menghasilkan penerbitan jurnal secara dalam talian, penerbitan juga boleh dibuat dalam bentuk buku atau melalui kertas kerja yang dibentangkan di persidangan luar negara.

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) khususnya university awam di Malaysia di ketegorikan dalam tiga kumpulan iaitu universiti :

1) Universiti penyelidikan : Memberi tumpuan dalam bidang penyelidikan.
2) Universiti komprehensif : Memberi tumpuan terhadap bidang khusus berkaitan       dengan penubuhan university.
3) Universiti berfokus : Menawarkan pelbagai kursus dan bidang pengajian.

Terdapat 20 univeriti awam di Malaysia dengan 11 universiti befokus, 4 universiti komprehensif dan 5 universiti penyelidikan.

Senarai Universiti Dalam Bidang Penyelidikan Di Malaysia 2017

Universiti penyelidikan 
Universiti Malaya (UM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Komprehensif
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
International Islamic University Malaysia (IIUM)

Universiti Berfokus
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Utara Malaysia (UUM)

Semoga perkongsian Senarai Universiti Dalam Bidang Penyelidikan Di Malaysia 2017 bermanfaat kepada anda.

No comments:

Post a Comment