Semak Baki Pinjaman PTPTN
Adakah anda pernah membuat
pinjaman PTPTN? Perbadanan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau
PTPTN telah memberi kemudahan pinjaman kepada pelajar yang ingin melanjutkan
pelajaran samada di university awam (IPTA) mahupun institusi pengajian swasta
(IPTS).
Oleh yang demikian, anda
dinasihatkan agar mula membayar balik pinjaman PTPTN setelah anda mendapat
pekerjaan nanti.
Kesan jika anda tidak membayar
balik pinjaman PTPTN anda ialah anda mungkin akan disenarai hitam (Blacklist) yang membuatkan anda tidak
boleh keluar negara selagi anda tidak melangsaikan bayaran tertunggak. Selain
daripada itu, anda juga mungkin akan tersenarai dalam Central Credit Reference Information
System (CCRIS). Jika anda telah tersenarai dalam CCRIS, anda akan menghadapi
kesukaran untuk membuat sebarang pinjaman dari bank seperti pinjaman peribadi
dan pembelian kereta melalui bank.
Terdapat dua cara untuk anda
semak baki pinjaman PTPTN iaitu:
Online
SMS
Semak Baki Pinjaman PTPTN secara Online.
3) Masukkan
nombor kad pengenalan anda dan tekan butang semak.
Bagi anda belum mendaftar, sila
daftar dahulu sebelum anda boleh membuat semakan baki pnjaman PTPTN anda.
Semak Baki Pinjaman PTPTN melalui SMS
1) Taip
PTPTN <jarak> BAKI
<jarak> Nombor Kad Pengenalan <jarak>
No Pin
Kemudian
hantarkan ke 15888
Diskaun kepada peminjam PTPTN (Bajet 2017)
Berita baik kepada peminjam PTPTN,
kerajaan telah membuat inisiatif untuk membuat diskaun kepada peminjam PTPTN
melalui Bajet 2017 berkuatkuasa 22 Oktober 2016 sehingga penghujung 2017. Inisiatif
ini bertujuan untuk mengalakkan peminjam membuat bayaran balik kepada Tabung
PTPTN. Diskaun kepada peminjam adalah seprti berikut:
1) Insentif:
Diskaun sebanyak 15% atas baki pinjaman untuk penyelesaian penuh.
2) Diskaun
sebanyak 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya daripada baki hutang dengan sekali bayar.
3) Diskaun
sebanyak 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau pembayarn melalui direct debit mengikut jadual bayaan balik yang ditetapkan.
Semoga perkongsian Semak Baki
Pinjaman PTPTN ini bermanfaat kepada anda.