Infomasi Terkini

Terbaru

26 July 2017

Lokasi Dan Cara Semak Wang Yang Tidak Dituntut (WTD)



Lokasi Dan Cara Semak Wang Yang Tidak Dituntut (WTD)

Kisah seorang wanita mendapat RM 14,000.00 setelah membuat semakan wang tidak dituntut telah menjadi viral di media social. Ekoran itu, Pejabat Pendaftar JANM di Tingkat 42 Menara Maybank, Kuala Lumpur telah di “diserbu” oleh orang awam untuk membuat semakan wang yang tidak dituntut mereka.

Sebagai info tambahan, Bahagian Wang Tidak Dituntut (WTD, Jabatan Akauntan Negara sebagai pemegang Amanah berkata sebanyak RM 5.779 bilion masih dalam simpanan direkodkan sehingga 30 Jun 2017. Jumlah itu membabitkan 55 juta rekod akaun seperti akaun perniagaan, semasa dan simpana  sejak tahun 1977

Semarai semak dokumen yang perlu anda bawa ketika membuat semakan WTD ialah
                1.       Borang UMA-7  >>Klik Sini << untuk mendapatkan boring.
                2.       Salinan Kad Pengenalan
                3.       Salinan Muka Hadapan Buku Akaun/Penyata Bank

Cara Semak Wang Yang Tidak Dituntut (WTD)
              1)      Sila hadirkan diri anda ke kaunter Jabatan Akauntan Negara yang berdekatan dengan anda.
              2)      Bawa dokumen yang diperlukan dan dokumen itu akan disemak oleh Pegawai yang                              bertugas.  
              3)      Bagi yang membuat semakan untuk waris yang telah meninggal dunia, sila bawa Sijil                          Perkhawinan, Sijil Kematian, Sijil Lahir dan Surat Sokongan untuk mengesahkan hubungan                dengan waris.
              4)      Bagi akaun bank yang telah ditutup namun mempunyai lebihan baki, sila sertakan dokumen                berkaitan seperti  salinan kad pengenalan, surat pengesahan daripada bank .
              5)       Setelah itu, anda wajib untuk ke bank yang dintayakan untuk membuat pengesahan.
              6)      Setelah pengesahan dibuat oleh Pegawai Bank, hantar dokumen serta borang ke Pejabat                         Akauntan Negara untuk dibuat semakan. Duit anda akan di bank in dalam masa 30 hari.

Contoh Borang UMA-7  :


Untuk mengetahui cara mengisi borang, sila rujuk portal rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia.


Lokasi untuk Semak Wang Tidak Dituntut di setiap negeri
Terdapat  kaunter WTD disediakan di seluruh negara. Semenanjung Malaysia , Sarawak  dan Sabah .

Sila klik di sini untuk lokasi di setiap negeri.

Semoga perkongsian Lokasi Dan Cara Semak Wang Yang Tidak Dituntut (WTD) bermanfaat kepada anda.









No comments:

Post a Comment