Contoh
Surat Cuti Sekolah.
Surat ini dibuat bertujuan
untuk memberitahu pihak sekolah bahawa pelajar tersebut tidak dapat hadir ke
sekolah atas disebabkan beberapa perkara.
Dewasa kini, alasan yang
selalu diberikan oleh murid-murid untuk tidak dating ke sekolah ialah sakit,
balik ke kampung dan ketinggalan bas.
Anda juga boleh rujuk
contoh surat tunjuk sebab untuk menulis surat tidak hadir ke sekolah.
Contoh
surat cuti sekolah.
Abu bin Bakar,
Taman
Rimba Bakti, Lorong 5,
88000
Kota Kinabalu, Sabah.
Kepada,
Guru Kelas Darjah 2 Delima,
Taman
Jati Diri, Lorong 15,
88000
Kota Kinabalu, Sabah. 10 September 2016
Tuan,
Per: Tidak Hadir Ke Sekolah.
Merujuk
perkara di, saya Abu bin Bakar, penjaga kepada Ali bin Abu, pelajar Darjah 2
Delima ingin menjelaskan ketidakhadiran anak saya pada 5 September 2016 lalu.
2. Untuk pengetahuan tuan, pada malam
sebelumnya (4 September 2016) anak saya telah mengalami sesak nafas dan telah
berjumpa doktor di hospital. Atas nasihat doktor, saya mengambil keputusan
untuk merehatkan anak saya di rumah.
Untuk pengetahuan cikgu, ketidakhadiran anak saya selama 4 hari sebelum ini
adalah disebabkan hal yang sama.
3. Dengan ini saya sertakan surat cuti sakit
yang berikan doktor kepada saya.
Segala
perhatian serta pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan amat dihargai dan
diucapkan terima kasih.
Yang
benar,
_____________
(Abu
bin Bakar)
Semoga perkongsian Contoh Surat Cuti Sekolah ini bermanfaat kepada anda.