Infomasi Terkini

Terbaru

18 September 2017

Cara Semak dan Daftar ASB Secara Online 2017.



Cara Semak dan Daftar ASB Secara Online 2017.

Cara Semak ASB Secara Online 2017. Jika sebelum ini anda terpaksa membawa buku pelaburan ASB anda dan beratur di kaunter, kini  anda sudah boleh membuat semakan ASB anda secara Online melalui portal www.myasnb.com.my. Namun begitu, sistem portal MyASNB masih dalam peringat penambahbaikan dan dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Ogos 2017.

Sebelum anda boleh membuat semakan akaun ASB anda, anda perlu mendaftar dahulu menerusi portal rasmi MyASNB. Berikut merupakan langkah-langkah yang anda perlu untuk mendaftar.

Cara Daftar ASB Menerusi Portal MyASNB.
Langkah 1:
Anda perlu ke cawangan ANSB atau ejen ASNB yang berdekatan dengan anda untuk mendapatkan :
  • ·         Nombor akaun 12 digit anda, dan
  • ·         Mengemaskini nombor telefon bimbit anda. (Sila pastikan nombor yang anda daftarkan adalah aktif dan anda gunakan selalu. Kemaskini nombor telefon bimbit anda adalah bertujuan penghantaran nombor TAC).


Langkah 2:
Setelah anda melakukan Langkah 1, ikuti langkah-langkah dibawah untuk membat pendaftaran secara Online. 
1.
Masuk ke portal rasmi MyASNB. Klik sini untuk masuk ke portal www.myasnb.com.my.
2.
Klik pada “Mari Daftar Portal MyASNB Sekarang >”.


3.
Tekan butang teruskan.


4.
Tandakan pada kotak dan tekan butang setuju.


5.
Isikan nombor kad pengenalan anda dan tarikh lahir anda kemudian pilih “Amanah Saham Bumiputera”.


6.
Tekan butang “Permintaan TAC”. Nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon yang telah anda daftarkan kemudian masukkan nombor TAC anda.



7.
Masukkan maklumat peribadi anda dan Tekan butang “Seterusnya”.



8.
Jika gambar di bawah telah keluar bermakna pendaftaran anda telah berjaya. Tekan butang “Tutup”.


9.
Anda akan dibawa ke laman utama Portal MyASNB. Tekan pada butang log masuk kali pertama.


10.
Setelah anda menekan butang “log Masuk Untu Kali Pertama”, kata laluan sementara anda akan dipaparkan. Sila tukar kata laluan anda.
11.
Setelah itu anda bolehlah log masuk ke portal MyASNB mengunakan ID dan kata laluan anda.

Semoga perkongsian Cara Semak dan Daftar ASB Secara Online 2017 bermanfaat kepada anda.
Klik sini untuk semak baki pinjaman PTPTN




No comments:

Post a Comment