Tips Servis/Maintenance Kereta Dengan Mudah
Adakah
anda sering memeriksa keadan kereta anda sebelum memulakan perjalanan jauh? Anda dinasihatkan agar memeriksa kereta anda
seminggu sekali bagi memastikan kereta anda selamat digunakan serta jangka
hayat kereta serta komponen dalamnya dalam keadan baik.
Disini,
admin ingin kongsikan beberapa tips service/maintenance kereta anda dengan
mudah.
1) Periksa Paras Minyak
Hitam Kereta Anda.
Berikut
merupakan jenis minyak hitam dan jarak atau masa sebelum anda menganti minyak
hitam kereta anda
1.
Bukan Sintetik - 5,000KM atau selepas 3 bulan.
2.
Semi Sintetik - 7,500KM ke 10,000KM atau selepas 6
bulan.
3.
Sintetik – 15,000KM ke 20,000KM atau selepas
1 tahun.
Ketika
memeriksa paras minyak hitam, pastikan paras minyak hitam anda berada di antara
Max
dan Min
pada Dipstick (penyukat minyak hitam).
2) Periksa Paras Bendalir
Brek (Brake Fluid).
Ketika
memeriksa brake fluid, pastikan paras
brake fluid anda berada di antara Max
dan Min.
3) Bateri Kereta.
Kebiasannya,
bateri kereta hendaklah ditukar setiap 18 bulan namun ini bergantung pada cara
anda menyelengara bateri kereta anda. Bagi yang mengunakan sel basah, sila
pastikan paras air batteri anda senantiasa mencukupi agar bateri anda lebih
tahan lama.
Bagi mereka yang mengunakan bateri sel
kering (free maintenance), anda tidak perlu menambah air dalam bateri. Sebagai
info tambahan, bateri jenis sel kering lebih mahal berbanding sel basah.
4) Oil Filter.
Kebiasannya
ditukar setiap kali anda servis kereta anda di mana-mana pusat servis kereta.
5) Spark plug.
Penukaran
spark plug adalah bergantung kepada cara pengunaan kereta anda kerana ianya
tidaklah begitu kritikal. Disarankan agar diganti setahun sekali.
6) Timing Belt.
Disarankan
agar menukar setiap 100,000KM. Namun begitu, jika keadaan fizikal timing belt tidak merekah dan “gigi”
masih elok, ianya terpulang kepada anda untuk mengantikannya.
7) Radiator Coolant.
Biasanya
berwarna hijau dan jika air radiator anda berwarna putih bermaksud anda hanya
mengunakkan air paip je tu. Hihhihihi. Fungsi radiator coolant ialah supaya engine
anda cepat panas dan tidak mudah mendidih. Biasanya ditukar setiap 50,000KM.
8) Brake Pad.
Biasanya
ditukar jika anda rasa brake anda kurang mengigit. Brake pada bahagian hadapan
biasanya akan nipis dahulu berbanding brake belakang. Brake pad biasanya
ditukar 3 atau 4 tahun sekali.
9) Tayar Kereta.
Pastikan
tekanan angina kereta anda senantisa cukup. Tekana n kereta bergantung kepada
jenis kereta yang anda gunakan. Selain daripada itu, periksa keadan bunga tayar
anda. Jika bunga tayar anda semakin hilang, cengkaman tayar di atas jalan akan
berkurang.
10) Schedule Maintainence
(Penyelengaraan berkala).
Jikalau
anda bukan mekanik, penyelengaraan berkala amat membantu agar keadaan kerata
anda senantiasa tip-tip. Disarankan setiap 6 bulan.
Semoga perkongsian Tips Servis/Maintenance Kereta Dengan Mudah bermanfaat kepada anda.
Sila klik sini untuk Cara Kempiskan Perut