Infomasi Terkini

Terbaru

23 June 2017

Semakan Daftar Pengundi Secara Online dan SMS Terkini



Semakan Daftar Pengundi Secara Online dan SMS Terkini

Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi? Jika belum, daftarlah sebagai pengundi kerana  itulah hak anda sebagai  warganegara Malaysia. Bagi yang sudah mendaftar, sudahkah anda membuat semakan untuk daftar pemilih bagi mengesahkan lokasi tempat anda mengundi?

Bagi yang sudah mendaftar, anda bolehlah  membuat semakan daftar pengundi. Semakan boleh dibuat melalui dua cara iaitu:

1)      Semakan Daftar Pengundi Secara Online
2)      Semakan Daftar Penguna Mengunakan SMS

Anda boleh membuat semakan daftar pemilih dan mengetahui keputusan pilihanraya  melalui laman sesawang rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semakan Daftar Pengundi Secara Online

Bagi mereka yang ingin membuat semakan secara online, anda boleh membuat semakan untuk individu atau isi rumah. Perbezaan semakan individu dan semakan isi rumah ialah anda boleh menyemak lebih daripada seorang pemilih secara serentak. 


Semakan Secara Online ( Individu )
Ikut langkah-langkah dibawah untuk membuat semakan:
1)    Klik link di bawah

2)    Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa “ – “ atau “ space”.
3)    Masukkan Aksara Captcha yang terdapat di paparan.
4)    Tekan butang semak.


Semakan Secara Online ( Isi Rumah )

Ikut langkah-langkah dibawah untuk membuat semakan:
1)  Klik link di bawah

      2)  Masukkan nombor kad pengenalan pemilih uang anda ingin semak  tanpa “ – “ atau   “ space”.
3)  Masukkan Aksara Captcha yang terdapat di paparan.
4)  Tekan butang semak.



Semakan Mengunakan SMS
Terdapat 2 cara untuk membuat semakan mengunakan SMS.

Cara Pertama
 Taip SPR <jarak> No. Kad pengenalan dan hantar ke 15888
Contoh mesej:
SPR 881211056987

Cara Kedua
Taip SPR <jarak> Semak <jarak> No Kad Pengenalan
            Contoh mesej:
            Taip SPR <jarak> Semak <jarak> No. Kad pengenalan dan hantar ke 15888

Sebagai maklumat tambahan, anda akan dicaj sebanyak 0.15 Sen bagi setiap penghantaran mesej dan 0.20 Sen bagi setiap penerimaan mesej.

Semoga perkongsian Semakan Daftar Pengundi Secara Online dan SMS Terkini bermanfaat kepada anda. Jadilah pengundi yang bijak!!


No comments:

Post a Comment