SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online
SAPS merupakan sistem atas
talian yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyimpan, mengumpul dan menganalis data
peperiksaan di Malaysia.
Analisis yang dilakukan
melalui sistem ini adalah selaras dan berdasarkan skala gred kebangsaan. Pihak
pengurusan sekolah boleh membuat “Early Learning System” melalui analisis Expected Target Result (ETR), Actual Result (AR) dan Take of Value (TOV)
Selain daripada itu, sistem
ini boleh diaksess oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negari (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Terdapat dua SAPS atas
talian yang telah dibangunkan iaitu:
1) Sistem untuk Guru
2) Sistem untuk Ibubapa
1)
SAPS Sistem untuk Guru boleh dicapai melalui link di bawah:
·
Guru boleh key-in markah
pelajar melalui link di atas.
2) SAPS Sistem untuk Ibubapa boleh dicapai
melalui link di bawah:
· Ibubapa
boleh membuat semakan keputusan peperiksaan anak dengan memasukkan No. Kad
Pengenalan/No. Sijil Lahir, pilih jenis sekolah anak serta tahun.
Perkongsian SAPS
Sistem Untuk Ibubapa dan Sistem Untuk Guru memberi sedikit maklumat mengenai
singkatan yang digunakan dalam sistem ini. Singkatan yang digunakan dalam Sistem SAPS
- SAPS Sistem Analisis pelajar
- JPN Jabatan Pelajaran Negeri
- APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid
- SUP Setiausaha Peperiksaan
- GMP Guru Mata Pelajaran
- GK Guru Kelas
- KP Kad Pengenalan
Masalah “Your
connection is not private”. Jika anda mempunyai masalah seperti di
atas, sila ikut langkah-langkah di bawah :
Langkah pertama : Klik
butang “Advanced”.
Langkah kedua : Klik butang “Proceed”
.
Langkah ketiga : Anda akan dibawa ke menu
utama SAPS dan anda bolehlah mengunakan sistem SAPS.
Jika anda mempunyai masalah mengenai sistem Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) , sila hubungi :
Penguna
|
Pegawai Meja Bantuan
|
Cara Mendapatkan
bantuan
|
Pengetua / Guru Besar / Guru Kelas/ Guru Mata Pelajaran
(GMP).
|
SUP SAPS Sekolah.
|
Hubungi SUP SAPS Sekolah anda.
|
Setiausaha Peperiksaan Sekolah (SUP).
|
Pegawai Unit ICT / SPA di Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD).
|
Masuk ke sistem SAPS dan dapatkan nombor talian.
|
Pegawai SAPS Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) dan JAbatan
Pelajaran Negeri(JPN).
|
Pegawai Unit ICT/SPAdi BPSH dan Kementerian Pelajaran
Malaysia(KPM)
|
Masuk ke sistem SAPS dan dapatkan nombor talian atau
mengisi Borang Aduan.
|
Semoga perkongsian SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online ini dapat membantu anda.