Cara
Kempiskan Perut
Perut
menonjol ke depan, buncit atau boroi bukanlah sesuatu yang di idam-idamkan
terutamanya bagi kaum hawa kerana kita akan hilang keyakinan diri apabila
melihat diri kita di hadapan cermin. Terdapat pelbagai cara kempiskan perut
yang mudah dan anda boleh mencubanya sendiri.
Cepat
atau lambat bergantung kepada usaha kita untuk mendapatkan bentuk ideal.
Berikut merupakkan tips ataupun cara kempiskan perut.
1.
Tinggalkan
makanan ringan.
Kita
sepatutnya mengelak mengambil karbohidrat yang diproses, gula yang berlebihan
dan makanan bergoreng. Ini kerana, makanan ringan dan makanan segera adalah
sangat tidak baik untuk kesihatan. Selain mempunyai kurang khasiat, makanan
ringan akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil secara
berlebihan.
2.
Pengambilan
makanan yang betul.
Pengambilan
makanan yang betul mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan
mineral. Pengambilan kuantiti makanan mengikut piramid makan dengan betul boleh
membantu anda mengempiskan perut. Makanan seperti nasi
lemak mempunyai karbohidrat yang tinggi. Anda boleh merujuk kuantiti
makanan yang disarankan melalui hirarki piramid makanan.
3.
Kurangkan
minuman manis.
Kurangkan
manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman. Slogan ini menunjukkan
keburukan pengambilan minumanl manisan secara berlebihan. Minuman manis
mengandungi banyak kalori dan ini akan merencatkan usaha kita untuk
mengempiskan perut. Pengambilan minuman manis secara berlebian juga akan
menyebabkan pelbagai penyakit seperti kencing manis, obesiti, darah tinggi dan
macam-macam lagi. Anda digalakkan untuk minum lebih banyak air kosong atau air
mineral.
4.
Berhenti
makan lewat malam.
Tabiat ini selalunya diamalkan oleh
golongan pelajar dan lelaki bujang. Tabiat makan pada waktu malam selalunya
akan diikuti dengan tidur setelah mereka selesai makan. Ketika kita tidur,
lebihan gula akan ditukar kepada lemak kerana badan kita tidak mengunakan
banyak tenaga disebabkan kurangnya aktiviti ketika waktu tidur. Oleh sebab itu,
lemak tidak dapat dibakar dan akan berkumpul dalam badan kita.
5.
Lakukan
senaman
Dengan
melakukan senaman, badan dapat membakar lemak dengan lebih efektif. Senaman
juga akan meningkatkan metabolisme badan kita. Jika proses pembakaran lemak
dalam badan anda efektif, lemak dalam badan tidak terkumpul dan perut anda
tidak akan buncit atau menonjol ke hadapan. Contoh senaman yang mudah adalah
jogging, berenang dan zumba.
Semoga
tips atau cara kempiskan perut ini dapat memberi panduan kepada anda untuk memiliki
bentuk badan yang di idamkan. Semoga berjaya dan jangan hangat-hangat tahi ayam
J