Cara Hilangkan
Stress
Apa itu stress?
Stress adalah
istilah yang bermaksud tekanan, beban, konflik, keresahan dan kemurungan.
Stress terjadi disebabkan kerana seseorang itu merasakan keperluan melebihi
keupayaan dan sumber yang ada pada mereka. Terdapat pelbagai cara untuk
menghilangkan stress sebelum gejala ini menjadi lebih serius.
Kita semua
pasti mempunyai tips sendiri untuk menanggani masalah stress ini. Disini saya
ingin kongsikan cara hilangkan stress dan semoga tips ini dapat membantu anda.
Bersenam
Dengan bersenam
seperti berjogging atau melakukan riadah, ia dapat membantu mengurangkan stress
dengan pelbagai cara. Dengan melepaskan endorfin dan melancarkan pergerakan
darah, kita dapat berinteraksi dengan ramai orang.
Selain itu,
bersenam juga dapat membantu kita menjaga kesihatan kita. 2 in 1 la katakan. Oleh itu, amalkanlah bersanam 3 kali seminggu.
Tidur
Rasanya ini
part yang semua orang sudah mahir. Tapi tidur yang dimaksudkan ialah dengan
ckup tidur. Tidur yang cukup membolehkan badan kita berehat secukupnya. Tidur
selama 6-8 jam sehariakan mengecas tenaga kita dan mengekalkan kestabilan emosi kita selain menjadikan kita lebih opitimis
dalam menjalani hari-hari mendatang.
Menurut kajian
Havard University, tidur sekejap pada waktu pagi atau power nap selama 15-30 minit mampu meningkat prestasi pekerja
kerana power nap mampu mengelakkan
kita dari stress, keletihan dan burn out.
Bersiar-siar
Menurut pakar,
melihat keindahan alam dengan bersiar-siar dapat menenangkan minda. Melihat
kenindahan seperti pelangi, hujan yang hijau, lautan ombak boleh menyumbang
kepada ketenangan minda. Anda boleh mencuba melihat keindahan alam selama 20
minit setiap hari dan anda boleh merasai perbezaannya.
Jika anda
sangat stress, silalah ambil masa untuk bercuti.
Berinteraksi
dengan kawan atau ahli keluarga.
Meluangkan masa
dengan kawan ahli keluarga mampu mengurangkan stress kita. Jika kita berdiam
diri, orang yang rapat dengan kita sekalipun tidak mampu menolong kita
menangani malasah kita. Kawan atau ahli keluarga merupakan tempat kita mengadu
mengenai masalah yang kita hadapi. Ini kerana, kawan atau ahli keluarga
merupakan tempat kita bercerita, ketawa dan berkongsi duka lara kita.
Jika kita masih
mempunyai ibu bapa, telefonlah mereka. Mereka merupakan individu yang paling
memahami kita.
Makan makanan
yang dapat menghilangkan stress.
Mungkin ramai
daripada kita tidak tahu terdapatnya makanan yang mampu mengurangkan stress
atau tekanan. Makan yang kaya dengan protien, omega-3, vitamin C, B2 dan E
seperti asparagus, avokado, telur, ikan salmon, susu, buah oren, buah jambu,
dark choclate dan oat meal mampu memberikan kesan menenangkan kepada kita.