Infomasi Terkini

Terbaru

21 June 2017

Cara Daftar Maybank2U Dengan Mudah





Cara Daftar Maybank2U

Ikuti langkah-langkah di bawah (gambar) untuk memudahkan anda daftar Maybank2U dengan mudah.
Masa kini, ramai orang lebih suka bershopping secara online kerana mudah, senang dan tidak perlu berbaris ketika membuat pembayaran. Oleh itu, kami ingin memberi perkongsian cara daftar Maybank2U agar anda dapat membantu anda membuat pembayaran secara online.

Mendaftar Maybank2U terdapat 2 bahagia. Pertama yang anda perlu lakukan ialah mengambil no. pin sebelum anda mendaftar secara online. Bahgian pertama akan menunjukkan cara untuk anda  mendapatkan no. pin dan Bahagian keduah merupaka langkah-kangkah untuk mendaftar di hadapan komputer anda.

CARA DAFTAR MAYBANK2U BAHAGIAN 1

1) Pergi ke mesin ATM Maybank yang berdekatan dengan anda dan pilih bahasa yang anda biasa gunakan.

2) Masukkan no pin anda.

3) Pilih MAYBANK2U/Phone Banking/ATM SMS Alerts pada menu utama skrin mesin ATM. 

4) Pilih “PIN LALUAN MAYBANK2U”.

5)Masukkan No. pin 6 digit.

6) Masukkan No. pin 6 digit sekali lagi untuk pengesahan dan tunggu resit keluar.


CARA DAFTAR MAYBANK2U BAHAGIAN 2

Bahagian ini akan menunjukan cara untuk mendaftar secara online setelah anda mendapat No. pin daripada mesin ATM.

1) Layari laman sesawang Maybank2u dan Klik pada “First Time Log In”.

2) Paparan akan menunjukan video mengenai Maybank2U. Tonton video tersebut sehingga habis sebelum meneruskan pendaftaran Maybank2U. Video tersebut bertujuan bagi mendedahkan mengenai Keselamatan Online Banking. Di akhir video tersebut, anda perlu menjawab soalan mengenai kawalan sekuriti (Soalan tersebut bertujuan supaya anda tidak terjebak dengan link-link scammer. Ambil perhatian yee).

      3) Seteleh selesai menonton video tersebut, Tekan butang “Continue” pada akhir video.


4) Seterusnya, di paparan ini masukkan “Access No” & “Pin”

Nota:
Access No = no kad bank maybank (16-digit)  pada bahagian hadapan kad.
Pin = no Pin yang anda buat di mesin ATM di Bahagian I
Tick kotak kecil di bahagian bawahnya dan klik “Agree & Continue”

5) Sila pilih Imej untuk ciri-ciri keselamatan anda. Imej keselamatan akan dipaparkan setiap kali anda Log in ke dalam Maybank2U.

6)  Pilih 3 soalan keselamatan yang anda mahukan berserta jawapan. Kemudian tekan butang “Submit”.


7) Paparan seterusnya menunjukkan nama yang anda pilih berserta soalan keselamatan. Jika puas hati dengan pilihan anda sebentar tadi klik "Submit".


8) Tekan butan "Continue dan anda sudah mendaftar Maybank2U dan anda boleh sudah membayar secara online.




Semoga perkongsian Cara Daftar Maybank2U dapat membantu anda. Semoga berjaya.

Sila klik sini untuk Cara Daftar Cimbclicks Dengan Mudah.




No comments:

Post a Comment