Perkhidmatan CimbClicks menawarkan
banyak perkhidmatan yang memudahkan anda. Membayar bil letrik, PTPTN, top up
kredit malah anda juga boleh membuat pembayaran secara online melalui
Cimbclicks jika anda shopping online. Perkongsian Cara Daftar Cimbclicks Dengan Mudah ini
akan mengajar anda step-step untuk membuat pendaftaran.
Untuk membuat pendaftaran Cimbclicks, paling penting adalah anda mempunyai akaun Cimb. Kalau takde akaun Cimb pergi le buat cepat-cepat yee.
Terdapat dua bahagian untuk
membuat pendaftaran Cimbclicks. Pertama ialah mengambil No. Pin di mesin ATM
dan membuat pendaftaran secara Online mengunakan computer.
Bahagian Pertama: Mengambil No. Pin di mesin ATM.
·
Pergi ke mesin ATM yang berdekatan dengan anda.
·
Masukkan kad dan masukkan No. Pin kad anda
·
Pilih bahagian “●Lain-Lain”
·
Pilih bahagian “●CimbClicks”
·
Selepas anda menekan butang “●CimbClicks” anda perlu memasukkan
nombor telefon bimbit anda untuk urusan Tac Number. Sila pastikan nombor yang
diamsukkan adalah betul.
Bahagian Kedua: Daftar Cimbclicks Mengunakan Komputer
Bahagian kedua ini hanya dapat
dilakukan setelah anda selesai melakukan bahagian pertama.
1) Masuk ke laman
sesawang Cimbclicks, dan tekan “Online Registration”
2) Klik pada “Register Now”
3) Masukkan nombor kad
ATM/Debit (nombor kad-16 digit), Nombor Pin anda dan security
phrase seperti yang ditunjukkan. Pastikan anda tick pada bagian Terms and Condition dan tekan butang “Agree and Continue”.
4) Sistem
Cimbclicks akan menghantar 6 digit activation
code pada nombor yang anda daftarkan pada bahagian pertama tadi. Masukkan 6
6 digit activation code yang dihantar
ke telefon bimbit anda dan tekan butang “Continue”.
5) Masukkan butiran
pada User ID (ID anda), Create Password (kata laluan cimbclicks
anda), Re-enter Password (masukkan
kata laluan anda di atas dan pastikan kata laluan anda SAMA), Mother’s Maiden Name (nama Ibu), Email Address (email anda) dan
Create Securewords (kata keselamatan) kemudian tekan butang “Continue”
6) Tekan butang “Proceed
to Login”.
7) Masukkan ID anda
dan tekan butang “Submit”.
8) Pilih cara anda
menerima TAC. Servis TAC on device telah diberhentikan sejak 2015. Setelah anda memilih cara TAC dihantar, tekan butang "Proceed to Homepage".
9) Pilih soalan-soalan
keselamatan yang anda paling selesa. Pastikan anda ingat jawapan kepada setiap
doalan yang anda pilih. Ini adalah untuk tujuan security. Kemudian tekan butang "Submit".
10) Jika paparan
skrin anda seperti di bawah, bermakna anda sudah selesai mendaftar cimbclicks.
Tahniah!!
Semoga perkongsian Cara Daftar Cimbclicks Dengan Mudah ini dapat membantu anda.
Sila klik sini untuk Cara Daftar Mayban2u Dengan Mudah.
Sila klik sini untuk Cara Daftar Mayban2u Dengan Mudah.